Blogsite – IKRAMUKE Sheffield Notes

Leave a comment

Alhamdulillah, setelah rasminya majlis perlancaran rebranding MSM UK & Eire ke IKRAM UK & Eire, para pembaca bolehlah melawat laman rasmi IKRAM UK & Eire di http://www.iramuke.org dan untuk mengetahui perkembangan aktivisma serta tarbiyyah dan dakwah di Sheffield sila lawati di laman rasmi IKRAM UK & Eire – Sheffield di http://ikramuke-sheffield.blogspot.com

Terima kasih di atas sokongan anda semua di atas usaha memartabatkan Dakwah dan Tarbiyyah bersama MSM dan teruslah menyokong aktiviti serta Tarbiyyah dan Dakwah IKRAM UK & Eire.

Sekian terima kasih.

ISK Brothers 2010

Leave a comment

4/11/2010, Sabtu – Alhamdulillah, ikhwah selesai dgn Ini sejarah Kita (ISK) peringkat EMSY. Majlis ini telah dikendalikan oleh Akh Fikri.

Turut hadir terdiri dari lokaliti Sheffield, Leicester dan Notts.

Pengisian adalah menyentuh kepada Sejarah ketamadunan, pembinaan, kejatuhan empayar, peranan dan tugas kita untuk membangun semula kegemilangan kekuasaan Islam di atas muka bumi ini.

Semuga kehadiran anda semua mendapat hidayah dari Allah untuk mengembalikan semula izzah ummah di atas muka bumi ini, kerana peranan kita amat banyak dan ruang-ruang untuk melaksanakan amal dan dakwah amat luas dan perlu dipikul oleh setiap dari kita.

Sekian, terima kasih.

Usrah Gabungan Brothers

Leave a comment

Salam,

3/12/2010, Jumaat – Alhamdulillah, dengan izin Allah pihak brothers dapat menjalankan usrah gabungan seperti yg dirancang selepas 2 minggu postpone. Terima kasih kepada pihak tuan rumah Furqan kerana sudi menjadi host kepada majlis ini.

Majlis ini dimulai dgn tilawah surah Al-Furqan ayat 1 – 38 dan tadabbur oleh Akh Abd Rahman, kemudian diikuti pula pembentangan bertajuk Ibn Taymiyyah oleh Akh Yusuf, dan seterusnya perbentangan mengenai Gerakan Islah bertajuk Ikhwan Muslimin oleh Akh Luqman.

Kehadiran adalah seramai 19 orang.

Majlis ditangguhkan pada jam 11.00 dan semoga Allah menganjari pahala kerana berusaha untuk menuntut ilmu dan kefahaman.

Sekian terima kasih.

Program ziarah UG/PG

Leave a comment

20/11/2010 – Gabungan usrah pihak UG telah mengadakan program ziarah ke rumah abang-abang PG untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah di antara satu sama lain. Program bermula disebelah pagi dan bergerak dari rumah ke rumah sehinggalah jam 6.00pm. Pihak tuan rumah juga mengalu-alukan kedatangan mereka dengan penyediaan makanan sambil berkenal-kenalan.

Kunjungan ini perlu diteruskan kerana ia merupakan tuntutan tarbiyyah di kalangan ahli. Semoga program ini menambahkan keberkatan dari Allah Taala.

Sekian.

Program OH! Our History @ ISK di Sheffield, United Kingdom

Leave a comment

14/11/2010 Sheffield – Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, Program OH! Our History atau lebih dikenali sebagai ISK telahpun diadakan pada 14 November 2010, bertempat di Bilik Mesyuarat, Octagon Centre. Program ini bermula dari jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 5.30ptg.

Sebaik pintu Octagon dibuka pada jam 9.50pg, kesemua AJK dan beberapa adik2 telahpun bekerjasama untuk memasang alatan teknikal, menyusun meja dan kerusi serta memulakan pendaftaran para peserta. Seramai 20 peserta telah hadir yang terdiri daripada 3 orang postgraduates dan 17 orang undergraduates. Jumlah keseluruhan yang hadir termasuk AJK adalah 30 orang. Peserta diberi ‘goodie bag’ yang berisi makanan ringan untuk breakfast pagi.

Program ini dimulakan dengan doa selamat dan juga bacaan ayat suci Al-Quran (Surah Al-Hajj: Ayat 47-55) oleh Ukhti Azimah Omar. Slot mukadimah dimulakan oleh Ukhti Nurul Huda dengan begitu bersemangat agar para peserta dapat memahami tujuan mengetahui sejarah Islam.

Seterusnya, slot kedua iaitu pembentangan mengenai Dakwah Rasullullah di Mekah dan Madinah disampaikan oleh Ukhti Nurdalila. Slot ini amatlah menyentuh hati apabila menyedari betapa besarnya pengorbanan Rasullullah s.a.w. demi menyebarkan risalah kebenaran. Seterusnya, program berhenti rehat untuk makan tengah hari, solat zohor dan solat asar berjemaah. Para peserta turut diserikan dengan video yang disediakan oleh Ukhti Ida, Ukhti Atiqah dan Ukhti Aisyah. Video ini memberikan lagi semangat kepada peserta-peserta untuk terus mendengar OH!.

Slot seterusnya bersambung pada jam 2.10tgh hari dengan aktiviti bengkel. Setiap kumpulan berpeluang berbincang tentang apa yang telah dipelajari daripada slot pertama dan kedua.

Seterusnya program disambung dengan slot Zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan Umaiyyah, yang dibentangkan oleh Ukhti Fauziah dengan lantang dan penuh gaya bersemangat. Adik-adik turut merasai percikan semangat daripada Ukhti Fauziah untuk menghayati perjuangan para sahabat Rasullullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam.

Seterusnya slot Zaman Abbasiyyah dan Turki Uthmaniyyah disampaikan oleh penyampai muda, Ukhti Ummu Fatima dan Ukhti Amirah Ngah. Dengan gaya penyampaian yang tersendiri dan menggunakan video yang sangat menarik, para peserta terus teguh untuk mendengar OH yang disampaikan.

Program berehat sekali lagi untuk menunaikan solat marghrib berjemaah. Kemudian, slot diakhiri dengan tayangan video Shift Your Paradigm selama 20 minit, dan disambung dengan penutup, Ini Peranan Kita yang disampaikan oleh Ukhti Nurul Huda.

Selaku Pengarah progam, saya bersyukur kepada Allah kerana memudahkan segala perjalanan program dari mula hingga tamatnya program. Ucapan jazakumullahu khairan katheera kepada semua yang telah berusaha keras bagi menjayakan program ini. Selain itu, jalinan ukhuwwah yang semakin erat dirasai, moga dirahmati dan diberkati.

Moga Allah membuka pintu hati mereka yang hadir untuk melihat jalan yang lurus ini, iaitu jalan menuju ke syurgaNya yang kekal abadi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Pengarah Program OH! Our History
18/11/2010

Misi Kasih Malaysia: Banjir Besar Kedah & Perlis

Leave a comment

Salam rakan2 semua,

Misi Kasih: Banjir Besar Kedah & Perlis

Banjir besar yang melanda di bahagian utara negara kita adalah di laporkan yang terburuk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005. Sehingga kini, kira-kira 60,240 orang mangsa yang terlibat di mana kehilangan nyawa, harta benda, kerosakan tanaman dan ternakan juga terbabit (Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, The Times).

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH: Banjir Besar Kedah & Perlis” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Kutipan derma akan bermula hari ini 17 November 2010.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

  • Nama: MSM Appeal
    Sort Code: 403117
    Account number: 31458272
    Reference: BanjirKedah

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Kedah dan Perlis. Dalam kita bergembira di musim perayaan ini, jangan di lupakan pada yang memerlukan, serta memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah: 272)

Wassalam,
Siti Fauziah Toha
MSMSheffield.

Riadah brothers

Leave a comment

10/11/2010 – Pihak brothers telah berjaya menganjurkan riadah iaitu bermain futsal di padang Goodwin sport pada tarikh tersebut. Program ini bermula pada jam 5pm.

Seramai 11 orang telah hadir menjayakan program ini.

Semoga permainan ini akan merepatkan hubungan ukhuwwah dikalangan pelajar muslim.

Sekian

Older Entries

%d bloggers like this: