1.   Aqidah Sejahtera

  • Tidak menjampi kecuali dengan al-Quran yang ma’thur
  • Tidak berhubung dengan Jin
  • Tidak meminta bantuan dari orang yang meminta bantuan Jin
  • Tidak menenung nasib
  • Tidak mendekati tukang tilik
  • Tidak mengusap kubur
  • Tidak meminta bantuan dari si mati
  • Tidak bersumpah dengan selain Allah
  • Tidak mempercayai adanya sial
  • Mengikhlaskan ‘amal kerana Allah
  • Mengimani rukun-rukun Iman
  • Beriman dengan azab kubur dan nikmatnya
  • Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
  • Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
  • Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah swt.

 2.   Ibadah Yang Sahih

  • Tidak menolak untuk azan
  • Bersuci dengan sempurna
  • Sangat menghargai solat berjemaah
  • Sangat suka berjemaah di masjid
  • Memperbaiki mutu solat
  • Qiamullail seminggu sekali
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa wajib
  • Berpuasa sunat sehari setiap bulan
  • Ada niat untuk menunaikan haji
  • Beriltizam dengan adab-adab tilawah
  • Khusyuk ketika membaca al-Quran
  • Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
  • Berdoa pada waktu-waktu yang diutamakan
  • Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
  • Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
  • Menjauhi dosa-dosa besar
  • Sentiasa membaca zikir pagi
  • Sentiasa membaca zikir petang
  • Mengingati Allah swt pada setiap situasi
  • Menunaikan Nazar
  • Menyebarkan Salam
  • Menahan anggota dari perkara haram
  • Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
  • Menggunakan  sugi/siwak
  • Sentiasa  bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3.   Akhlak Yang  Mantap

  • Tidak takabbur
  • Mempunyai pendirian
  • Tidak menipu
  • Tidak mencaci
  • Tidak mengadu domba
  • Tidak mengumpat
  • Tidak berdusta
  • Tidak mengejek
  • Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
  • Tidak berkawan dengan orang yang berkelakuan buruk
  • Mengasihi orang yang lebih muda
  • Menghormati oarng yang lebih tua
  • Menunaikan janji
  • Menundukkan pandangan
  • Menjaga rahsia
  • Menutup dosa orang lain
  • Cemburu terhadap isteri
  • Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

 4.   Mampu Bekerja

  • Mejauhi pekerjaaan yang  haram
  • Menjauhi riba
  • Menjauhi judi
  • Menjauhi penipuan
  • Menunaikan zakat
  • Membuat simpanan walaupun sedikit
  • Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yang diamanahkan
  • Memelihara  harta awam
  • Memelihara harta peribadi

5.   Berpengetahuan

  • Mampu membaca dan menulis dengan baik
  • Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
  • Memelihara hukum-hukum tilawah
  • Menghafaz setengah dari hadith 40
  • Menhafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
  • Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yang penting
  • Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan Syurga
  • Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
  • Mengetahui hukum-hukum solat
  • Mengetahui hukum-hukum puasa
  • Membaca sesuatu di luar bidangnya. 4 jam seminggu
  • Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
  • Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
  • Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yang menyeleweng
  • Mengetahui aspek keburukkan dari perancang keluarga
  • Mendengar dengan baik
  • Mampu memberikan pandangan
  • Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
  • Tidak menerima syubahat yang dilemparkan ke atas kita

 6.   Tubuh Yang Cergas

  • Bersih tubuh badan
  • Bersih pakaian
  • Tempat tinggal yang bersih
  • Beriltizam dengan sunnah (adab) makan dan minum
  • Tidak  berjaga malam berlebihan
  • Iltizam dengan senaman 2 jam seminggu
  • Bangun sebelum terbit fajar/subuh
  • Mematuhi kaedah membaca dari aspaek kesihatan
  • Meninggalkan tabiat merokok
  • Mejauhi tempat-tempat kotor
  • Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

 7.   Mujahadah (Menguasai Diri)

  • Menjauhi perkara-perkara haram
  • Menjauhi tempat-tempat lalai yang diharamkan
  • Meninggalkan tempat-tempat maksiat

 8.   Teratur Urusannya

  • Penampilan yang elok
  • Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam

9.   Sangat Menghargai Masa

  • Bangun awal
  • Menggunakan masa tertentu untuk belajar

 10. Bermanfaat Kepada Orang Lain

  • Menunaikan hak ibu bapa
  • Menyertai majlis-majlis kegembiraan
  • Membantu orang-orang yang memerlukan
  • Membimbing orang yang sesat
  • Berkahwin dengan pasangan yang sesuai