Kalimah allah 2

Assalamualaikum
Semoga sejahtera

Di sini ana kongsikan sedikit nota ringkas penyampaian esok kalau dpt disebarkan pada semua peserta bagus juga.

Kepada ahli MSM sgt digalakkan hadir krn penyampaian adalah merupakan fikrah kita iA.

Bagi muslim kalimah la ila ha illallah adalah merupakan inti kepada sikap kehidupan dan warisan para nabi. Dengan sikap wala` dan bara` seorang mukmin akan selalu mengarahkan dirinya kepada Allah dalam setiap perbuatannya.

Utk melaksanakan perkara ini maka perlu difahami dgn mengikut petunjuk dan sunnah Rasulullah SAW kerana beliau satu2nya yg telah mendapat pengesahan ilahi utk menunjukkan kebenaran dan melaksanakannya.

Itulah kaitannya kalimah la ila haillallah- Muhammadurrasululla h.

1- La` adalah merupakan penolakan terhadap segala sesuatu yg bukan dari Allah 16:36

2- Ilaah – sembahan yg ditolak

3- Illa( kecuali)- yang bererti meneguhkan dan menguatkan 7:59 4- Allah(lafzul jalaalah)- yg dikecualikan dan yg diteguhkan dari segala ilah yg lain.

Al-Baraa`

merupakan pembebasan yg bererti mengengkari, memisahkan diri, membenci, memusuhi, memerangi samaada berbentuk sistem atau konsep. Al-Baraa` juga adalah sikap membenci kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan dan pada masa yg sama melepaskan diri dari segala bentuk kejahatan, kemaksiatan dan kemusyrikan. 60:4/ 58:22

Sikap baraa` ini akan melahirkan keupayaan utk menghancurkan segala yg bertentangan dgn Allah swt. 21:57,58 Al-

Walaa`

Bererti pengukuhan terhadap wilaayatullah( kepimpinan Allah) dgn mentaati, mendekatkan diri, mencintai sepenuh hati, membela, mendukung dan menolong. Bukti walaa` seorang mukmin terhadap Allah swt adalah sentiasa dalam keadaan bersedia dan siap utk menjalankan segala perintahnya. 5:7/2:285

Al-Bina`

Al-Walaa` menuntut dari mukmin utk membina hubungan yg kuat dgn Allah swt, Rasul dan orang mukmin dengan membangunkan sistem dan aktiviti Islam yg menyeluruh pada diri, keluarga dan masyarakat. Kekhalifahan Allah diperuntukkan bagi manusia utk membangunkan Deenullah dgn cara membangunkan alam dan manusia serta memeliharanya agar aman, damai dan tenteram.

Jihad adalah merupakan jalannya.22: 41/24:45 Kaifiyah Rasulullah saw telah memberikan gambaran perlaksanaan walaa` wal baraa` dgn jelas iaitu secara hikmah dan pengajaran yg baik. Jika mereka menolak dan menghalang jalan dakwah maka mereka boleh diperangi sampai mengakui ketinggian kalimat Allah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Dzar, dia berkata, Rasulullah saw bersabda,

’’tidak ada hamba yg mengucapkan’’ la ilaha illallah’’ kemudian ia meninggal dengan meyakini bacaan itu kecuali di masuk syurga.Saya berkata walaupun dia berzina dan mencuri? Nabi menjawab walaupun dia berzina dan mencuri, beliau mengatakannya tiga kali. Dan pada kali keempat dia berkata walaupun Abu Dzar tidak bersetuju. Ahmad berkata, Abu Dzar pergi dengan menyeret kaninya dan berkata meskipun Abu Dzar tidak bersetuju.( riwayah Ahmad)

As-Shibghah wal Inqilab Asy-Syahaadatain

mesti didasari dgn mahabbah yang kemudian menghasilkan redha terhadap setiap yg diperintahkan. Dari cinta dan redha ini muncul iman yang akan mewarnai dan sekaligus merubah diri kita dari segi iktiqadi, fikri, syu`uri dan suluki sehingga dengan itu muncul peribadi muslim yg mempunyai nilai di sisi Allah.

Iman bukan merupakan angan2 tetapi menuntut perbuatan yang mencerminkan nilai2 iman tersebut. Allah swt membenci orang yang hanya beriman dgn mulutnya shj krn ciri2 keimanan seseorang adalah beramal soleh.4:123

Mukmin sejati memiliki interaksi yg kuat dgn kitabullah sehingga mengamalkan Islam berdasarkan Al-Quran yg difahaminya. 61:2-3 Iman menuntut penghambaan secara menyeluruh kpd Allah dan juga pengingkaran secara menyeluruh terhadap thaghut terutamanya dalam hal amar maaruf dan nahi munkar.

Ash-Shibghah

Keimanan yg benar akan mewarnai dan merubah seluruh aktiviti hidup menjadi ibaadah kpd Allah swt. Warna ini seterusnya akan melakukan revolusi(inqilab) yg menyeluruh mencakupi perubahan keyakinan, pemikiran,perasaan dan tingkah laku. 2:138

Dari abu Musa al-Asy’ari r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Perumpamaan hidayah dan ilmu yg dibawa dari sisi Allah adalah spt hujan yg turun ke bumi. Maka ada sebahagian lahan yg dpt menreima air itu lalu ia menumbuhkan rerumputan dan pepohonan yg lebat.

Dan di antara lahan ada yg menyerap dan dapat menahan air sehingga Allah memberi manfaat kpd manusia melalui air itu utk minum, mengembala, mengairi dan bercucuk tanam. Hujan pun turun di wilayah kontang yg tak dpt menahan air dan menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan org yg mendalami agama Allah ada yg dpt memanfaatkannya, mengkaji dan mengajarkannya namun ada pula yg tidak memberikan perhatian kepadanya dan sedikit pun tidak menerima hidayah yg Allah utuskan.( syeikhain)

Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah

Akhlak Rasulullah yg sgt tinggi, adil, objektif dan universal disenangi semua menjadi daya penarik dan mempunyai nilai yg amat tinggi di sisi Allah sebagai pembawa amanah yg berat utk menegakkan khilafah. Janji Allah akan tegaknya khilafah bagi mereka yg beriman dan beramal soleh dgn ciri sebagai dai`e yg berperanan membangun , memelihara alam dan memikul amanaah ad-Deen. 24:55

Wallahu`alam

Us Mazrul, Loubourough