22022009027
Pusat-pusat asuhan adalah pilar yang sangat penting dalam batang tubuh organisasi dan jamaah. Ia adalah sumber kekuatan dakwah dalam berdepan dengan segala perencanaan musuh. Pusat asuhan ini juga merupakan markas utama bagi membangunkan pengupayaan (capability building) organisasi dan para kader dakwah. Ia juga menjadi mata rantai penghubung antara ahli dan pimpinan bagi mendelegasikan tugas dan peranan ahli. Pusat asuhan dan tarbiyah inilah kita namakan USRAH.

Imam al-Bana di dalam risalah usrahnya menyatakan :

“ Islam amat menitik beratkan pembentukan usrah dikalangan ahli-ahlinya dan mengarahkan mereka supaya menjadi model dan contoh terunggul, menguatkan ikatan mereka dan mengangkat tahap persaudaraan mereka dari perkataan dan teori kepada perbuatan dan praktikal..”

Dalam ungkapan lain. Beliau mengulas akan keutamaan usrah katanya :

“ Jika kalian telah menjalankan kewajipan-kewajipan tersebut, baik yang bersifat individu,kolektif, atau kewangan, maka rukun-rukun sistem ini pasti akan tercapai. Namun, jika tidak optima, akibatnya usrah akan terus lemah dan mati. Matinya usrah merupakan satu kerugian sangat besar kepada dakwah kerana usrah adalah harapan islam dan umat Islam..”

Apakah kepentingan usrah kepada dakwah dan amal berorganisasi ?

Ia adalah pusat asuhan yang menyuburkan atmosfera ukhuwwah, menyegar iman para anggotanya, menambahkan keupayaan mereka dan mendorong amal.

Usrah adalah platform perbincangan isu-isu Islam dan umat Islam dan setiap anggotanya mengetahui peranannya terhadap Islam dan umat.

Usrah adalah sekolah atau madrasah pengajian ilmu. Di sinilah ahlinya menimba ilmu dan pengetahuan yang pelbagai berkaitan ulum syarak.

Ia adalah pusat ahli menerima bimbingan dan tarbiyah islam yang syumul, bersepadu dari aspek ruhi, maknawi, haraki, fikri, thaqafi ,akhlak..di samping wasilah-wasilah tarbiyah yang lain.

Usrah adalah tulang punggung kekuatan organisasi kerana dari sinilah ahlinya menerima arahan pimpinan, berita, aktiviti, pendirian organisasi di samping dia dapat menyatakan pandangan, persoalan dan buah fikiran.

Ia adalah unit gerakan bagi ahli melaksanakan peranan dakwah, pusat pengumpulan dan pemilihan ahli ke sof dakwah.

Usrah adalah tempat pertemuan para da’ie untuk memahami kefahaman dan kesedaran haraki selari dengan manhaj amal yang digariskan. Di sinilah mereka memahami fiqh dakwah dan fiqh harakah.

Usrah merupakan pusat bergerak seorang dai’e bagi menjayakan agenda dakwah dan memenangkannya. Di sinilah daie itu menerima arahan, tanggungjawab, perbincangan penyelesaian masalah bersama murabbinya dalam kerja dakwah dan amal islami.

Usrahlah mencetak para kader dan ahli dari biasa menjadi luar biasa.. dari zero menjadi hero.. menjadi figure digelanggang umat dan negara.. memimpin perubahan.. mengepalai satu kebangkitan. . mencipta peradaban sebagaimana para sahabat, tabiin dan salafussoleh, Imam al-Bana, Syed Qutb, Hasan Hudhaibi, Syeikh Ahmad Yasin, Rantisi, Ismail Haniyeh, Qardhawi…lain-lain lagi.

Justeru pengertian usrah yang perlu kita fahami ialah satu liqa tarbawi, imani, ukhawi, thaqafi, tanzimi bagi mencapai objektif tertentu yang terdiri dari 5 hingga 12 orang…

*******

Salam…

Artikel yang baik utk kita muhasabah diri kita semua..InsyaAllah – Bro. Luqman