DSC06840

Rukun ikatan Usrah ini perlu dipelihara dan diambil berat dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya usrah itu membawa erti dan manfaat bersama.

Rukun pertama : Taaruf (Berkenalan)

Berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan Rasulnya, dan memahami sepenuhnya pengertian hakikat ukhuwwah (persaudaraan) sejati di antara satu sama lain.

Memahami sepenuhnya perihal dan tingkah laku saudara kita dia di antara satu sama lain.

Hendaklah menceriakan semangat berukhuwwah dengan melaksanakan segala titah perintah Allah dan menghidupkan amalan diri dengan sunnah-sunnah Rasul.

Mengasihi saudara seusrah kita sebagaimana kasih dan sayangnya kita kepaha ahli keluarga kita sendiri, kerana merekalah ahli keluarga kita untuk kita bina jati-diri kita di dalam suasana (bi’ah) solehah yang mendapat rahmat Allah Taala.

Rukun kedua : Tafaahum (Bersefahaman)

Memahami peri pentingnya memeriksa diri sendiri dan nasihat menasihati di antara satu sama lain dalam kebenaran berpaksikan dengan kebenaran apa-apa yang diperintah oleh Allah dan Rasulnya.

Nasihat menasihati dengan cara yang paling baik dan tidak menjatuhkan maruah sahabat atau memandang rendah terhadapnya kerana perbezaan latar-belakang, kaum, pemikiran dan sebagainya.

Segala kekurangan dan cacat-cela tingkah laku diri sendiri atau saudara seusrah hendaklah dibincangkan bersama dalam suasana yang harmoni atau sekiranya perlu tidak berterangan maka berbincanglah dengan ketua Usrah dan ketua tersebut perlu mengambil berat untuk menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.

Hindarkan rasa dendam dan tawar hati terhadap saudara seusrah dan kembalikan perasaan kasih sayang (mahabbah) kerana Allah dan Rasulnya.

Perlu dingatkan dalam  perkara ini supaya dijauhkan dari perkara-perkara yang menjadi tipu daya Syaitan kerana Rasul bersabda– (ad dii-nun na-sii-hah) ertinya: (Ugama itu adalah nasihat).

Rukun ketiga: Takaaful (Berseimbangan)

Hendaklah bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. Ini merupakan tunjang iman dan inti-sari ukhuwah sejati.

Hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya.

Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)

Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga).

Perjalanan usrah yang hidup

Hendaklah benar-benar menghadiri pertemuan-pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun, kemudian hendaklah ia segera menunaikan kewajipannya infak untuk tabung Usrah supaya merasai kebersamaan dan rasa tanggungjawab.

Sentiasa menjadikan Al-quran dan sunah sebagai rujukan dalam setiap amalan perbuatan dan tindakan. Seerah Nabi dan sahabat sebagai pedoman dan azam dan menzahirkan pemahaman dalam perbuatan individu dari hasil perbincangan, pendidikan dan permahaman di dalam usrah.

Perkara (1): Membentangkan Kesulitan:

Hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara saudara yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu; dan ini hendaklah dilakukan di dalam suasana “ukhuwah” yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah. [1]

Perkara (2): Bermuzakarah:

Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam; hendaklah menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yang diedarkan oleh Pucuk Pimpinan kepada seluruh cawangan “Usrah”. Dalam satu-satu pertemuan “Usrah” janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengking herdik kerana semuanya adalah dikira “haram” menurut Undang-undang Usrah. [2]

Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak di penjelasan lanjut mengenai cadangan yang sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada “Ketua Usrah” supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada “Pucuk Pimpinan”. Jangan dibuat keputusan mengenai sesuatu perkara dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang bersikap terburu.

Perkara (3): Kajian Buku:

Hendaklah mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan Ikhwan beraleh pula untuk menjayakan erti “Ukhuwah” hatta dalam perkara-tunjuk “muka manis” sekalipun; dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang berfaedah seperti itu yang mana tentulah tidak termuat oleh terlalu banyaknya di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Perkara-perkara ini tentulah tidak dapat disedia sekali gus di dalam “Taklimat-Takimat” dalam perkara perkara seperti ini; iaitu seperti menziarah orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat walaupun dengan hanya sekadar kata-kata yang baik; mencari dan bertanyakan hal tentang saudara-saudara yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan; dan menanggong bebanan saudara-saudara yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali “Ukhuwah” dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang di dalam hati masing-masing. [3]

Aktiviti Usrah

Antara aktiviti yang boleh menceriakan Usrah.

  1. Mengadakan lawatan dan ziarah.
  2. Mengadakan riadah pada tiap tiap bulan.
  3. Mengadakan rehlah ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.
  4. Mengadakan perkhemahan dengan bermalam.
  5. Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
  6. Sembahyang Subuh dan Isya’ berjama’ah di masjid
  7. Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam atau katibah beramai ramai tiap-tiap bulan

* [1], [2], [3] Usrah dan Dakwah – Imam Hassan Al Banna

** Petikan artikel oleh Sura Jagat 3/7/2009