“Sa’id bin Amir merupakan lelaki yang membeli akhirat dengan dunia. Beliau mengutamakan keredhaan Allah dan RasulNya serta mengenepikan yang lain.” (Sejarawan).

SA’ID BIN ‘AMIR AL JUMAHIY, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi ke Tan’im, sebuah kampung yang terletak berhampiran kota Mekah.

Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Khubaib bin ‘Ady, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka jatuhi hukuman tanpa alasan (diberkas hasil tipu daya pengkhianatan). Dengan semangat muda yang menyala-nyala, Sa’id mampu bersesak dan mencelah di antara orang ramai sehingga sebaris dengan pembesar Quraisy, seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.

Mereka berada di barisan hadapan perhimpunan dan dapat melihat tawanan Quraisy yang terikat. Kaum kafir Quraisy sengaja mempertontonkan tawanan mereka yang dibelenggu. Sementara para wanita, kanak-kanak dan pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam terhadap Nabi Muhammad s.a.w., serta melampiaskan sakit hati atas kekalahan mereka dalam perang Badar. Ketika tawanan yang mereka arak sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan tenang dan mantap di celah-celah pekikan kaum wanita dan kanak-kanak, “Bolehkah kamu tinggalkan saya shalat dua raka’at sebelum saya mati….” Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah) lalu menunaikan shalat dua raka’at.

Alangkah bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Jika tidak kerana takut kamu beranggapan bahawa saya memanjangkan shalat karena takut mati, nescaya saya akan memanjangkan shalat saya.” Mendengar ucapan Khubaib tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah dan memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” “Demi Allah! Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk duri….,” jawab Khubaib mantap dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya. “Bunuh dia…! Bunuh dia…!” teriak orang banyak.

Sa’id melihat Khubaib yang telah dipakukan ke tiang salib, mendongakkan wajahnya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah! Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan dibiarkan mereka walau seorang jua pun!” Tidak lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib. Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tusukan lembing yang tak terbilang jumlahnya.

* * *

Kaum kafir Quraisy kembali ke Mekah seperti biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy yang baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau sedetik pun. Sehingga dia bermimpi melihat Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar olehnya rintihan suara Khubaib mendoakan kaum kafir Quraisy.

Karena itu Sa’id ketakutan kalau-kalau Allah s.w.t. segera mengabulkan do’a Khubaib. Jiwanya gementar, bimbang petir dan halilintar akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya. Keberanian dan ketabahan Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah diketahuinya selama ini.

Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian berjuang mempertahankan ‘akidah hingga ke titisan darah yang terakhir.

Kedua, iman yang teguh di hati seseorang dapat menimbulkan hal-hal yang ajaib dan luar biasa.

Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu seorang Nabi yang mendapat dukungan dari langit. Sejak itu Allah s.w.t. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam. Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya orang Quraisy menyembah berhala. Karena itu dia tidak mahu terlibat dalam kebodohan dan jeneyah yang dilakukan oleh Quraisy. Lalu dibuangnya berhala yang dipujanya selama ini. Kemudian diumumkannya bahwa mulai saat itu dia memeluk agama Islam.

* * *

Tidak lama sesudah itu, Sa’id menyusul kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Di sana dia sentiasa mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula-mula dalam peperangan Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan berikutnya. Setelah Nabi s.a.w. kembali ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar. Dia menjadi teladan satu-satunya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keredhaan dan ganjaran Allah berbanding segala keinginan hawa nafsu dan tuntutan jasmani.

Kedua-dua orang khalifah, Abu Bakar dan ‘Umar bin Khattab, kenal benar dengan kejujuran dan ketakwaan Sa’id. Mereka mendengar nasihat bahkan mengambil pandangan beliau. Pada sutu hari di awal pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khattab, Sa’id datang kepadanya memberi nasihat. Kata Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menunaikan hak-hak Allah! Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Karena sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.” “Hai Umar! Prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak ingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.” “Siapakah yang sanggup melaksanakan semua itu, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar. “Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu! Bukankah kamu telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah antara kamu dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id meyakinkan.

Pada suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan. “Hai Sa’id! Saya lantik kamu menjadi Gabenor di Hims!” kata Khalifah Umar. “Wahai ‘Umar! Saya memohon kepada Allah semoga kamu tidak mendorong dan menyerahkan saya kepada dunia,” kata Sa’id. “Kamu pikulkan beban pemerintahan ini ke tengkuk saya, tetapi kemudian kamu hendak berlepas tangan. Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan kamu bersikap begitu!” balas ‘Umar marah. “Demi Allah! Saya tidak akan membiarkan anda,” jawab Sa’id. Kemudian Khalifah ‘Umar melantik Sa’id menjadi Gabenor di Hims. Sesudah pelantikan, Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Bukankah kami mesti menyediakan imbuhan untukmu?” “Apa yang harus saya perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya. “Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?” Setelah itu, Sa’id pun berangkat ke Hims.

* * *

Tidak berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Hims, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang dipercayai Khalifah untuk mengamati berjalannya pemerintahan di Hims. Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Hims untuk diberikan bantuan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan juga nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa’id bin ‘Amir yang kalian sebutkan ini?” “Gabenor kami! “jawab mereka. “Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya Khalifah kehairanan. “Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),” jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar. “Kembalilah kalian ke Hims. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan katakan kepada gabenormu: Amirul mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai” ucap ‘Umar sedih. Setibanya di Hims, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, rnenyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa ‘id melihat uncang berisi wang dinar, uncang itu dijauhkan dari sisinya seraya berucap, ‘inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Karena itu isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa’id? Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?” “Bahkan lebih besar dan itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula. “Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. “Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar. “Dunia telah datang untuk merosak akhiratku.

Bencana telah rnenyusup ke rumah tangga kita,” jawab Sa’id mantap. “Bebaskan dirimu daripadanya!” kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang berisi wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar. “Mahukah Engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa’id. “Tentu…!” jawab isterinya bersemangat. Maka Sa’id mengambil uncang berisi wang itu, lalu disuruhnya isterinya mengagihkan kepada fakir miskin.

* * *

Tidak berapa lama kemudian, Khalifah ‘Umar berkunjung ke wilayah Syria bagi melakukan tinjauan pemerintahan di sana. Dalam kunjungannya itu beliau singgah di Hims. Kota Hims pada masa itu dikenali juga dengan ‘al-Kuwaifah’ sebagai perbandingan dengan kota Kufah. Lantaran rakyatnya sering membuat pengaduan kepada pemerintah pusat tentang ketidakpuasan hati mereka terhadap kakitangan kerajaan dan gabenor, sebagaimana kelakuan masyarakat Kufah.

Tatkala Khalifah singgah di sana, rakyat bertemu dan mengucapkan salam kepada beliau. Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian kamu tentang kebijakan Gabenormu?” “Ada empat macam kelemahan yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab rakyat. Satu demi satu disebut dan perangai yang terkemudian lebih buruk jika dibandingkan dengan yang sebelumnya. “Saya akan pertemukan kamu dengan Gabenor kamu,” jawab Khalifah ‘Umar sambil mendo’a: “Semoga sangka baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.” Maka tatkala sernua pihak iaitu Gabenor dan masyarakat, telah lengkap berada di hadapan Khalifah, beliau bertanya kepada rakyat, “Apakah aduan kamu tentang Gabenormu?” Pertanyaan Khalifah dijawab oleh seorang Jurubicara.

Pertama: “Gabenor selalu tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi.” “Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah. Gabenor Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy diam sejenak. Kemudian dia berkata: “Sesungguhnya saya keberatan memperkatakannya. Namun saya terpaksa berterus terang. Keluarga saya tidak mempunyai pembantu. Karena itu tiap pagi saya terpaksa bangun menguli tepung. Setelah itu saya perap adunan tersebut sehingga naik. Kemudian barulah saya bakar untuk makanan keluarga saya. Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas untuk rnelayani masyarakat.” “Apa lagi aduan kamu tentang beliau?” tanya Khalifah kepada hadirin.

Kedua: “Gabenor tidak bersedia melayani kami pada malam hari.” “Apa katamu tentang aduan tersebut wahai Sa’id?” tanya Khalifah. “Ini sesungguhnya lebih berat bagi saya memperkatakannya. terutama di hadapan umum seperti ini,” kata Sa’id. “Saya telah membahagi waktu saya, siang hari untuk rnelayani masyarakat, malam hari untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.” lanjut Sa’id. “Apa lagi,” tanya Khalifah kepada hadirin.

Ketiga: “Dalam sebulan ada satu hari Gabenor tidak keluar bertemu kami.” “Bagaimana pula dengan aduan ini, wahai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar. “Sebagaimana telah saya terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badanku ini. Saya mencucinya sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu. Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Sa’id. “Apa lagi aduan selanjutnya?” tanya Khalifah.

Keempat: “Sa’id sering pengsan. Ini menyebabkan beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya” “Bagaimana dengan aduan ini, wahai Sa’id!” kata Khalifah ‘Umar. “Ketika saya masih musyrik dulu, saya pernah menyaksikan peristiwa pembunuhan Khubaib bin ‘Ady oleh kaum Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka memotong anggota badan Khubaib sambil mereka bertanya Khubaib, “Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” Ejekan mereka itu dijawab oleh Khubaib, “ Demi Allah, Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri …“

“Demi Allah…!” kata Sa’id. “Jika saya teringat akan tragedi ngeri tersebut, di waktu mana saya membiarkan Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak akan diampuni Allah s.w.t. sebab itulah saya jatuh pengsan.” “Segala puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengakhiri dialog itu.

* * *

Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gabenor Sa’id seribu dinar untuk memenuhi keperluan sehariannya. Melihat jumlah wang sebanyak itu, isterinya berkata kepada Sa’id, “Segala puii bagi Allah yang mencukupi kita berkat pengabdianmu. Saya ingin wang ini kita gunakan untuk membeli makanan dan kelengkapan kelengkapan lain-lain.

Dan saya ingin pula menggaji seorang pembantu rumah tangga untuk kita.” “Adakah kamu ingin perkara yang lebih baik daripada itu?” tanya Sa’id kepada isterinya. “Apa pulakah yang lebih baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya. “Kita bagi-bagikan saja wang ini kepada rakyat yang memerlukannya, sekalipun kita memerlukannya. Itulah yang lebih baik bagi kita,” jawab Sa’id. “Mengapa….?” tanya isterinya. “Kita pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik .

Itulah cara yang lebih baik,” kata Said. “Baiklah kalau begitu,” kata isterinya. “Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang paling baik.” Sebelum mereka meninggalkan majlis, wang itu dimasukkan Sa’id ke dalam beberapa uncang, lalu diperintahkannya kepada salah seorang keluarganya: “Uncang ini berikan kepada janda si Fulan. Uncang ini kepada anak yatim Si Fulan. ini kepada si Fulan yang miskin… dan seterusnya.”

Semoga Allah s.w.t. meredhai Sa’id bin ‘Amir Al Jumahiy.

Beliau lebih mengutamakan orang lain berbanding diri dan keluarganya sendiri meskipun mereka sendiri hidup dalam keadaan amat susah dan memerlukan. Beliau telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di akhirat, lebih dari segala-galanya.

Amin!!!!