Assalamu’alaikum

Semoga dirahmati Allah swt pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Sama-sama kita doakan untuk Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan ikhwah akhawat serta anak-anak Karisma dan yang terakhir Dr Lo’ Lo’ yang diuji oelh Allah swt.

Ana juga ingin berkongsi dengan semua tentang berita bahawa Ustazah Marhamah telah disahkan kira-kira tiga minggu yang lepas mengalami breast cancer, stage 3. Pengesahan ini hanya dapat dibuat setelah menjalani biopsy kerana ujian mammogram tidak dapat memberi sebarang petunjuk.

Ustazah memang mempunyai sejarah keluarga dalam hal kanser kerana kakaknya juga mengidap breast cancer ketika berumur 42 tahun dan telah meninggal dunia ketika berumur 48 tahun…itu 6 tahun yang lalu…

Sekarang sepupunya juga sedang menjalani rawatan breast cancer…(..risau juga memikirkan anak-anak..moga Allah swt jauhkan dan langkah-langkah berjaga-jaga perlu diambil…).

Namun Ustazah tetap bersemangat. ..menyempurnakan tugasnya sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa Klang, mengurus hal ehwal murid, membantu pengetua mengurus sekolah. Pelajar-pelajar sekolah agama juga banyak masalah disiplin meskipun tak seberat sekolah biasa…bekerjasama dengan Dr Tengku Shahrom, Pengerusi PIBG sekolah tersebut, yang juga mantan Naib Presiden ISMA dan kini merupakan aktivis dakwah di Petaling Jaya….melaksanaka n perlbagai program bagi membina anak-anak di sekolah. Dr T ada dua orang anak di sekolah dan seorang lagi telah tamat pembelajaran di situ.

Sebelum ini, semasa bertugas di Sekolah Agama Bestari (SAMBES) USJ, jawatan terakhirnya adalah Kaunselor sepenuh masa…membimbing pelajar-pelajar. Ustazah, walaupun ijazah dari Al Azhar adalah dalam bidang Syariah tetapi kerana minatnya yang mendalam dalam kaunseling, beliau telah memperolehi Sarjana Pendidikan dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya..belajar sambil bekerja…Alhamduli llah.

 Pagi ni pun selepas sama-sama menyiapkan anak kecil kami ke Tadika Naim Taman Sri Andalas, beliau ke sekolah dengan penuh semangat…katanya ada solat hajat khusus untuk guru-guru yang diuji dengan pelbagai penyakit…menjadi kebiasaan di sekolah ini mengadakan solat hajat pada setiap bulan…pagi Jumaat..

Walaupun sudah disahkan mengidap breast cancer, tugas-tugas dakwahnya masih berjalan seperti biasa. Malam ni usrah dengan sekitar 6 orang penduduk di taman, muslimah penggerak utama surau di hadapan rumah kami. Sudah dua tahun usrah ini berjalan…mengguna kan buku Risalah Usrah Abu Urwah…buku yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dakwah di Malaysia…dan Indonesia..Sebahagian mereka sudah bersedia untuk ditingkatkan dalam sedikit masa lagi…

Usrah akhawat JIM Klang modul 03 yang dibawanya juga berjalan seperti biasa. Ahli usrah ini antaranya adalah adiknya sendiri, Ustazah Siti Zainon. Demikian juga kelas-kelas pengajian di Taman Sri Andalas masih berjalan seperti biasa…kalau ada kelapangan, ana lah yang menjadi pemandunya.. .

Cuma demo 1 Ogos baru ni ana sengaja tidak mengajaknya. ..tidak seperti demo pemecatan DSAI pada 21 September 1998 di mana seluruh ahli keluarga berarak ke Dataran Merdeka. Namun begitu beliau merupakan penyokong kuat dan sentiasa bertanya berita semasa demo serta selepas demo…kerana ana telah memilih untuk bermalam di Ibu Pejabat JIM pada malam tersebut kerana memantau perkembangan dari Bilik Gerakan JIM berkaitan HIMPUNAN Mansuhkan ISA.

Sokongan yang diberikan kepada ana tetap segar…terasa usaha untuk merealisasikan perintah Allah swt ini:

“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh allah. Sesungguhnya , Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”. ..maksud Surah At-Taubah, ayat 71.

..memang belum mencapai keseluruhan maksud ayat ini, tetapi tetap berusaha menyempurnakan tuntutanNya. .

Semalam kami ke HUKM untuk kesekian kalinya. Berbincang dengan Onkologis (pakar kanser) tentang rawatan chemotrapy serta beberapa rawatan lain. Buat masa ini beberapa rawatan alternatif juga sedang dijalani.

Doakan agar Allah swt akan memberi kesembuhan dan terus memberi kekuatan untuk melaksanakan perintahNya.

Wassalam

Nahar Md Nor
Jumaat 7 Ogos 2009