ramadhan-comments20

  • Bulan Puasa – kerana Allah memerintah kita berpuasa sebulan di bulan ini.
  • Bulan Nuzul Quran – Al-Quran diturunkan Allah dari sisi-Nya ke langit dunia (al-Baqarah:185)
  • Bulan Lailatul Qadar – Terdapat satu malam pada akhir bulan ini iaitu malam yang lebih daripada seribu bulan (al-Qadr: 1-5) 
  • Bulan Hadiah – dianugerah khusus bagi umat Muhammad saw dan tidak kepada umat-umat lain 
  • Bulan Penghulu Bulan – terpilih dari sebelas bulan yang lain kera ia adalah sebaik-baik bulan 
  • Bulan Keampunan – Orang yang berpuasa serta beribadat di dalam nya dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah swt akan diampunkan segala dosa yang terdahulu dan kemudian. 
  • Bulan Gandaan – Setiap ammalan yang ikhlas pada bulan ini, baik amalan wajib maupun sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda. 
  • Bulan Keberkatan – Setiap perkara, amalan dan ibadah malah sepanjang bulan ini penuh dengan keberkatan – “Ramdhan al- Mubarak” 
  • Bulan Ibadah – umat Islam berlumba-lumba melaksanakan berbagai ibadah baik wajib mahupun sunat. Solat berjamaah, bertarawih, bertilawah, berbuka puasa , bersahur,bersedekah,berqiamullail,mengurus rumah tangga, mencari nafkah yang halal semuanya adalah ibadah. 
  • Bulan Kemuliaan – atau bulan rahmat kerana semua syaitan akan dirantai, semua pintu syurga akan dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya. 
  • Bulan Junnah Hasinah – bulan perisai/pendinding kerana puasa yang sebenar ialah puasa yang dapat membentengi diri dari segala bentuk kejahatan dan benteng kepanasan api neraka. 
  • Bulan Riadhah – bulan latihan kerana pelbagai program dan pengisian disediakan sebagai panduan untuk dipraktik pada sebelas bulan yang mendatang. 
  • Bulan Kesabaran – bulan ini menuntut kesabaran setiap mukmin dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sabar mengekang keinginan nafsu yang keji. 
  • Bulan Taqwa – membina taqwa adalah tujuan dan matlamat puasa (al-Baqarah : 185) 
  • Bulan Keikhlasan – Hanya mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharap redha Allah sahajalah yang akan diampunkan dosanya yang terdahulu atau kemudian. 
  • Bulan Jihad – Orang yang berpuasa sebenarnya sedang berperang dengan nafsunya yang keji lagi tidak pernah puas. 
  • Bulan Mustajab Doa – Sepanjang Ramadhan sangat makbul berdoa khasnya sewaktu berbuka. 
  • Bulan Zakat – zakat harta membersihkan harta, maka puasa pula zakat bagi tubuh badan. 
  • Bulan al-Farah – bulan kegembiraan kerana para mukminin sangat ceria, terhibur dan bergembira di bulan Ramadhan. Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.” 
  • Bulan Kesihatan – Muslim yang ikhlas berpuasa kerana Allah dianugerah kesihatan yang baik. 
  • Bulan Syafaat – Sabda Nabi saw : “Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba-hamba(dengan izin Allah) pada hari kiamat nanti .” (Riw: Ahmad dan Thabrani) 
  • Bulan Penghapus Dosa – penghapus dosa-dosa kecil secara tahunan bagi mereka yang menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya. 
  • Bulan Keimanan – menyuburkan keimanan dan setiap amalan juga dipersembahkan dengan penuh keimanan bagi mengharap rahmat Allah swt. 
  • Bulan Kebajikan – Rasulullah saw menggandakan segalan amalan kebajikan seperti sedekah pada bulan ini. Ahlan Ya Ramadhan Kita sering mendengar ucapan Selamat Tahun Baru , Selamat Hari Lahir , Selamat Hari Raya sebagai tanda ucapan selamat bagi sambutan. Namun kita jarang atau mungkin tidak pernah mendengar ungkapan ‘Selamat Menyambut Ramadhan” sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan dengan kedatangan Ramadhan. Dalam masyarakat Arab kedatangan Ramadhan disambut penuh meriah sejak 15 Syaaban lagi. Apabila berjumpa sesama sendiri akan terdengarlah ucapan “Ahlan ya Ramadhan” atau “Ramadhan Karim”dan disambut pula “Allahu Akram” yang bermaksud Ramadhan itu mulia dan disambut pula dengan ucapan sesungguhnya Allah lebih mulia kerana Dia memuliakan Ramadhan.

Marilah kita menyambut dan menghayati ramadhan denagn sebaiknyasupaya tidak termasuk dalamm tiga golongan yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw iaitu: “Aku baru saja didatangi malaikat Jibril sebentar tadi. Jibril berkata kepadaku, ‘Wahai Muhammad ada 3 golongan manusia yang akan celaka, tahukah engkau siapa mereka?’ kata Jibril lagi, ‘Pertama orang yang mendengar namamu disebut di hadapannya tapi dia begitu kedekut untuk menjawab “Sallallahu alaihiwasalam”.Orang ini akan celaka dan rugi,katalah Amin(yakni musjatabkan doa ini) wahai Muhammad.’ Lalu aku jawab Amin untuk pertamma kalinya. Jibril menyambung lagi, ‘Orang yang ada ibu bapa mereka,hidup sampai mereka tua,sempat ibu bapa hidup bersama merekla. Sayangnya mereka tidak berbakti pada kedua orang tua merekayang sepatutnya menjadi gerbang mereka masuk ke syurga. Katakan Amin supaya mereka menjadi rugi dan celaka.’ Lalu aku berkata Amin.’ Yang ketiga ialah orang yang dapat hidup dalam ramadhan. Ramadhan datang dan pergi tetapi dia tidak dapat menghayatinya.tak dapat mencari pahala di dalamnya,sungguhlah rugi orang ini,doakan Amin ya Rasulullah.”

Justeru sambutkanlah, raikanlah,rebutkanlah dan hidupkanlah Ramadhan yang bakal menjelang ini kerana belum tentu Ramdhan tahun hadapan kita dapat bersua lagi.

Kem Ramadhan

Berapakah usia anda sekarang ?

Berapa kalikah anda telah bertemu Ramadhan selepas usia baligh ?

Sepuluh? Lima Belas? Dua Puluh atau lebih?

Sebanyak mana kita bertemu Ramadhan maka sebanyak itulah kita telah memasuki Kem Latihan Ramadhan. Di dalamnya kita dilatih bersahur, berbuka, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, mendekatkan diri dengan Allah, menjaga mata, mulut, lidah, telinga dan anggota badan yang lain, bersedekah, pemaaf dan seumpamanya.

Sepatutnya selepas belasan dan puluhan tahun kita memasuki kem ramadhan , maka jiwa, mental dan fizikal kita semakin bertambah baik Kita menjadi manusia yang semakin sabar, semakin pemurah, semakin penyayang, semakin berhemah, semakin berkeyakinan, semakin proaktif, semakin berwawasan dan semakin maju dalam serba serbi yang bersesuaian dengan syariat.

Maka pada kesempatan Ramadhan kali ini, elok rasanya kita bertanya pada diri mmasing-masing: ‘Dapatkah aku menjadi lebih baik dalam Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan yang lalu?’

Makan Kurma Hanya Pada Bulan Ramadhan?

Kajian-kajian yang dibuat di USA mendapati buah kurma adalah makanan harian yang ideal kerana ia mengandungi kadar karbohidrat dan serat yang tinggi serta rendah kadar lemaknya – ciri-ciri yang dirumuskan oleh pakar-pakar pemakanan sebagai di antara formula pemakanan terbaik hari ini.

Jika buah kurma dimakan selalu, ia dapat mencegah kegemukan dan mengurangkan kemungkinan menghidap sakit jantung dan kanser.

Di dalam buah kurma terkandung 60-70% gula ringkas bentuk glukosa dan frutosa yang mmudah diserap badan. Setiap 100 gram buah kurma mengandungi 15.3% air, 2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat logam(kalsium,fosforus,besi dan vitamin B) dan 3.9% serat.

Saintis Rusia Metchnikoff berkata, memakan buah kurma menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya dan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus.

Kalau kita boleh istiqamah makan kurma setiap hari sepanjang Ramadhan mengapa tidak diteruskan amalan itu sepanjang tahun.

Sabda Nabi saw “Apabila seseorang berbuka puasa, berbukalah dengan tamar. Apabila dia tidak ada tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih” (Riw: Abu Daud,Tirmizi,Ahmad dan Ibn Majah)