map2

Map derwent village
Program riadah ikhwah bersama MAB atau Muslim Assiosiation Britain di Derwent Valley (The Lost Village of Derwent), Peak District.

Berkumpul di MHWS jam 8.30 pagi dan bergerak ke lokasi dengan menaiki 2 buah kereta Bro. Abderrazak dan Bro. Roesli. Kehadiran seramai 7 orang.

Program dimulakan dengan ummul Quran dan Maklumat ringkas tentang tentatif program. Ikhwah di bahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki ‘relate’kan perjalanan yang mengambil masa selama sejam pergi dan balik ini dengan kisah perjalanan Rasulullah dari Mekah ke Taif.

Photo0367

Alhamdulillah, semua kumpulan tiba kembali ke kawasan parking kereta pada jam 12.00pm. Antara pengisian seperti kisah Rasulullah ke Taif, Nasyid Arkanul Bai’ah oleh Bro. Aidrus, Quiz dan persoalan-persoalan seerah Taif dan juga pengisian perut – biskut, nasi lemak, teh dan kopi panas.

Bersurai jam 12.30pm.