Majlis iftar jama’ie telah dianjurkan oleh MAB di New Centre, Brunswicks Road pada 6/9/2009 Ahad bermula jam 7.30 petang. Majoriti kehadiran terdiri dari penduduk tempatan atau penduduk setempat yang terdiri dari puak Yaman, Algeria, Somalia dan lain-lain termasuklah dari puak Melayu Jawi.

Suasana meriah dengan bertaaruf di antara satu sama lain dan lebih-lebih lagi dikalangan ahli MAB. Alhamdulillah…

Beriftar dengan buah kurma tunisia yang dilonggokan di atas plastik saprah/sutrah dan jus manggo. Kemudian jamaah melaksanakan solat Maghrib dan menyambung semula pengisian perut dengan Nasi Beryani Arab.

Majlis bersurai dan menanti solat Isya’ berjamaah.

Salam Ramadhan.