Majlis Iftar Ramadhan telah diadakan di rumah Mas’ul lokaliti, Balfour Road pada 3/9/2009 hari Khamis bermula jam 7.30 malam. Suasana meriah dengan kehadiran semua ahli kumpulan usrah di sini.

Permulaan iftar dengan sajian kurma, kuih bingka hijau, nugget ayam, popia goreng, puding dan jus buah. Kemudian melaksanakan solat maghrib berjamaah, ucapan selaku tuan rumah oleh Bro. Luqman serta tazkeerah ringkas oleh Bro. Roesli bertajuk Bulan Maghrifah.

Hidangan yang dinantikan iaitu Nasi Beryani Gulai Ayam oleh Chef. Mahathir memang menyelerakan. “Hai… boleh tambah 2 kali lagi…”

Terima kasih kepada yang hadir.