Salam ukhuwwah..
 
Syukur kehadrat illahi..
 
Kita keluarga akidahdan semoga ianya dapat mentautkan ikatan ukhuwwah fillah dan mahabbah sesama kita. Biar siapa pun adik2 yang ber sama keluarga ini… siapa mereka, siapa latar belakang mereka, siapa saja mereka, kerana mereka juga hamba Allah taala yang layak mengabdikan diri kepada Allah, dan biar apa pun kedududkan dan pangkat mereka, saya percaya, saya dan begitu juga keluarga MSM yang lain merasa gembira dan amat mengalukan kedatangan adik2 ke dalam keluarga (saya mahupun di dalam keluarga MSM).
 
Kalau hari ini kita ditautkan dengan satu atau dua insan2 atau lebih ke dalam keluarga yang kecil, insyallah ia akan menjadi besar… dan besar… Ya!… saya mempunyai keluarga yang besar… keluarga yang mempunyai ikatan akidah.
 
Kalau besar sudah  keluarga kita, begitu juga kepada keluarga MSM, kerana keluarga MSM juga telah ditautkan oleh Allah Taala sesama kita semua di antara komuniti keluarga-keluarga yang besar. Jalinan usrah yang dibina sesama kita telah mencorakkan kehidupan keluarga kita semua untuk mencapai satu matlamat dan hadaf yang jelas iaitu membina peribadi dan keluarga yang soleh dan musleh. Usrah atau keluarga yang faham erti taaruf, faham erti takaful dan faham maksud tafahum, insyallah dari situlah kita mula mengenali lebih erti perasaan ukhuwwah fillah yang sepertimana yang dikehendaki Allah dan arRasul.
 
Kalau kaum ansar boleh menerima kaum muhajirin dan melayan mereka lebih dari kehendak diri dan keluarga sendiri, begitulah juga hendakknya kita di dalam komuniti sesama kita. Itulah yang akan kita bina dari hari sehari. Kita hendak bina ikatan keluarga yang ada ikatan akidah yang jelas. Lihat saja 10 muwasofat yang menjadi neraca dan guideline kepada pembinaan keperibadian yang diimpikan.
 
“(Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namanya, di sana bertasbih namanya pada waktu pagi dan petang. Orang2 yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan salat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang. Agar Allah memberi balasan kepada mereka dengan  yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan agar dia menambahkn kurnianya kepada mereka dan Allah memberi rezeki kepada siapa saja yang dia kehendaki tanpa batas” (An Nur: 36-38)
 
Ikatan keluarga yang diasaskan dengan ikatan akidah walaupun kita semua tidak diikat dengan ikatan darah daging… tetapi percayalah dengan tautan ikatan akidah ini mampu memberi hayat yang lama untuk kita semua bersama-sama meneruskan kehidupan di dunia yang fana’ ini dan diharapkan ukhuwwah yang dibina akan berakhir di khir hayat kita.
 
Ini mengingatkan saya dengan kata2 Imam Hasan Al Banna: “Saudara, ingatlah baik-baik… semua cawangan kamu ini ibarat satu unit. Semuanya dihubungkan oleh roh dan hati yang saling bertaut. Demi satu matlamat semua cawangan ini telah berjaya disatukan ke satu arah, satu cita-cita, satu derita dan satu jihad. Kesemua unit ini saling bertaut antara satu sama lain, saling berhubung antara satu sama lain, saling bermesra antara satu sama lain, saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Setiap unit merasakan mereka tidak lengkap tanpa hubungan persaudaraan sesama mereka. Persaudaraan mereka juga tidak lengkap tanpa hubungan sesama unit ini. Unit-unit ini ibarat batu-bata yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Semua unit ini mempunyai hubungan yang amat erat dan amat suci dengan ibu pejabat dari segi semangat, organisasi, tugas dan imej. Semua unit-unit berpaksi dengan ibu pejabat ibarat bintang-bintang yang mengelilingi paksinya. Agar dengan ini terlaksanalah firman Allah. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)”

 “Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemuadian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, sungguh allah maha mengetahui dan maha teliti.” (Alhujurat: 13)

 Bersama-sama belajar untuk menjadikan kita sebagai peribadi yang mencontohi akhlak Arrasul, ingin menjadi generasi alquran yang unik. Semua ini perlukan ketekunan dan kesabaran di dalam kita sama-sama melalui proses tarbiyyah baik tarbiyyah yang berbentuk jasmani, akal dan rohani.
 
Tarbiyyah kita ada di sepanjang laluan hidup kita sama ada secara rasmi ataupun tidak… binalah keperibadian kita melalui usrah atau keluarga yang bertunjangkan akidah yang sejahtera, usrah yang berasaskan ibadah yang sahih dan juga usrah yang dibentuk melalui akhlak yang salim. Banyak entiti di dalam usrah yang boleh kita mantapkan seperti melalui sistem halaqah atau kumpulan, suasana iftar dan qiyyam serta riadah kita, menghidupkan suasana atau bi’ah yang solehah, menghidupkan budaya memperbanyakkan ilmu dan skill kemahiran hidup…. dan berbagai-bagai lagi uslub dakwah yang dapat memanjangkan nafas usrah fillah atau keluarga kerana Allah ini.
 
Wallahu ‘alam
Biro Tarbiyyah MSM Sheffield…2009