padang2

An Indonesian family takes shelter from the rain under the remaining roof of their house ruined by an earthquake in Sungai Sirah, West Sumatra, Indonesia, Thursday, Oct. 1, 2009. A second powerful earthquake rocked western Indonesia on Thursday as rescuers struggled to reach survivors of the previous day’s temblor, which killed hundreds and left thousands trapped under collapsed buildings. (AP Photo/Tundra Laksamana)

Assalamualaikum wth wrbt
“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.” [al Baqarah :251]

“ Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak bersedih hati.” [al Baqarah : 252]

InshaAllah, pada 19hb November 2009 ini saya akan ke Padang, Indonesia untuk menjalankan sedikit tugasan kajian PhD saya yang berkaitan dgn gempa bumi ini. Justeru, saya berpendapat amat sesuailah dikesempatan ini kita laksanakan perintah Allah seperti disebut dalam beberapa ayat di surah Al-Baqarah di atas berkaitan dgn menginfakkan harta. Inilah masanya untuk kita menilai diri, benarkah kita yakin dgn janji2 Allah. Sesungguhnya, rezeki yang Allah beri amatlah luas, tidak perlu kita ragui bahawa rezeki kita akan berkurangan apabila menginfakkan harta ke jalanNya. Ketahuilah, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki untuk insan lain. Dan bersedekah kepada org2 yang dalam kesusahan adalah jauh lebih baik dan disukai Allah.

Sebagaimana kita ketahui ramai saudara-saudara seagama kita di Padang sana yang menderita akibat kejadian alam ketentuan Ilahi itu.

Oleh itu, saya dan Kak Azie wakil dari Salsabila ingin mengambil kesempatan untuk mengumpulkan DERMA (dalam bentuk wang) bagi mangsa gempa di Padang. InshaAllah sumbangan anda akan terus dihulurkan kepada mangsa-mangsa gempa yang kesempitan di sana. Saya juga berazam untuk mencari seandainya ada rumah anak yatim di sana untuk dihulurkan derma, inshaAllah kalau berkesempatan.

Berikut saya berikan maklumat akaun saya sekiranya anda ingin menderma secara online sebelum 17 November 2009:

Nama: Miss Raudhah Ahmadi
Bank: Natwest
Akaun No: 24184586
Sort Code: 60-19-07
Reference: Derma Gempa Bumi Padang

Sumbangan ikhlas – wang tunai bolehlah dihulurkan kepada kami di Salsabila (sebelum 14 Nov 2009):

Salsabila
14, Havelock Street
S10 2FP, Sheffield

Ketahuilah bahawa seandainya anda menderma sebanyak £5, ia bersamaa Rp 78,500 yang bermakna sebuah keluarga dapat membeli makanan yg banyak bagi keperluan beberapa hari. Semoga Allah merahmati usaha-usaha anda semua.

Jazakumullah
Raudhah Ahmadi / Azimah Omar

Nota: Sila lawati laman http://tamanraudhah .wordpress. com/