padang2

Assalamualaikum wth wrbt,

Subhanallah! Segalanya adalah pertolongan Allah. Warga Malaysia di Sheffield dan di seluruh UK sekalian, hari ketiga kutipan derma kita telahpun berjaya mencapai TARGET (£500), malah telah berjaya melebihi sasaran pertama kita.

Semoga Allah membalas segala jasa dan niat kita yg ikhlas menderma keranaNya.

TARGET BARU KITA, £800 11 hari lagi

Justeru, misi kita diteruskan dengan menaikkan sasaran kedua kepada £800. InshaAllah, sama-sama kita teruskan menyeru sahabat-sahabat untuk menginfakkan harta untuk menambahkan saham akhirat kita. Marilah kita berlumba-lumba untuk menjadi jutawan akhirat. Jangan ketinggalan dalam misi ini. Semoga kita sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah selalu. Dan jgn lupa, sebelum menderma, betulkan dulu niat anda, menderma ikhlas hanya kerana Allah. InshaAllah.

Sokongan bersama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield