Assalamualaikum wth wrbt, 

Sekali lagi bersyukur kehadrat Ilahi, hari keempat, misi derma untuk mangsa gempa bumi di Padang sudah mencecah £615. Semoga dgn derma ikhlas daripada kita semua dapat sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa meneruskan kehidupan.

TARGET KITA £800, 10 hari lagi

Hari ini, ada lagi gempa bumi yg bermagnitude 6.7 berlaku di North-Northwest Sumbawa, iaitu kira-kira 830batu jauhnya dari Kota Jakarta. Bersyukur kepada Allah, kita dilindungi dan tidak merasai pengalaman gempa bumi yg amat dahsyat dan mengerikan ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita Malaysia akan terus selamat daripada bencana alam yg dahsyat ini.

Disini dicatatkan lagi butir2 akaun saya untuk memudahkan sahabat-sahabat yang baru mengetahui misi ini untuk menderma:

Nama: Miss Raudhah Ahmadi
Bank: Natwest
Akaun No: 24184586
Sort Code: 60-19-07
Reference: Derma Gempa Bumi Padang

Semoga niat kita yg ikhlas menginfakkan harta ke jalan Allah mendapat ganjaran di akhirat kelak. InshaAllah. Ameen.

Kerjasama,
Warga Sheffield dan MSM Sheffield