Kembalikan kegemilangan Islam…

Bile fikir-fikir  kembali, satu masa dahulu tamadun Islam dijulang tinggi, di kenali di seluruh pelusuk dunia. Hebatnya perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat sehingga membawa Islam ke puncak kegemilangan. Tapi kini ?? Islam yang pernah menakluki 2/3 dunia telah hilang. Kini umat Islam sudah tidak bersatu..atau lebih teruk, pentingkn diri sendiri. Orang Islam skrg dah tak mcm dulu. Org Islam kini tak sekuat orang Islam zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat. Tak dpt dinafikn..ade yang kuat..tp amat sedikit  jika dibandingkn dgn jumlah org islam yg ade skrg..ya! kita ramai..tp kite ibarat buih!hanyut di tiup  angin zaman yang penuh kemungkaran.. zaman yg kejayaannya dinilai dgn harta dan kemewahan semata-mata..

Knp kite diciptakan??untuk menjadi khalifah kn? Fikirlah kawan-kawan..ingatlah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini..kembalikan tamadun Islam yg hebat seperti dulu..Ingatlah janji Allah..siapa yang tolang agama Allah, nescaya syurga yg abadi menantinya..

Surah Ali-Imran:142
:…Adakah kamu menyangkan bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?…”

kawan-kawan..fikir sejenak ayat di  bawah ni…

An-Nisaa:97
“..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”

~Jadilah manusia logam~

“Manusia ini ibarat logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya. Sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahaman…

INGATLAH!!

“Orang mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah”

nukilan,

sister mirahamira@ www.tintanurani.wordpress.com

mini ISK di RI Salsabila, Sheffield.