Alhamdulillah dengan  izin NYA, buat pertama kalinya , riadah akhawat Sheffield telah diadakan di High Hazel Park (14 Nov’09-sabtu/10.00pagi).

Aktiviti ini bertujuan mengeratkan ukhuwwah dan usaha memenuhi salah satu 10 muwasofat tarbiyyah iaitu sihat tubuh badan.

riadahsismsm

Semua akhawat, yang terdiri daripada 3  orang UG dan 3 orang PG serta tidak lupa juga kepada 4 orang kanak-kanak berkumpul di rumah ukhti Suriani dan berjalan ke tempat riadah beramai-ramai bersama kesejukan angin pagi. Setibanya di sana kami memulakan dengan aktiviti ‘Spider Web’ .

Sedikit pengisian dari surah Ar-Rum ayat 21-24 juga telah diberikan oleh ukhti Yati..Selepas beriadah kami menghilangkan dahaga dan turut serta mengikuti program membuat rumah burung yg dianjurkan oleh ranger di Hazel Park tersebut. Sungguh seronok melihat telatah kanak-kanak memegang paku dan penukul besi untuk menyiapkan ‘bird home’ masing-masing.

Aktiviti riadah ditamatkan 11.30 pagi.Jazakumullahu khairan kathira kepada semua akhawat yang hadir…..InsyaAllah jumpa next riadah!!!!!…:)

Yang Melaporkan,

Ukhti Norida.