Assalam

Alhamdulillah, Iftar Jama’ie brothers telah diadakan di MWHS pada 17/12/2009. Program tersebut telah bermula pada jam 7.30 malam. Jumlah kehadiran yang hadir adalah sekitar 5 orang. Walaupun keadaan diluar kelihatan salji ‘sulung’ turun dengan lebat, tetapi semangat dan istiqamah menghadiri program tetap diteruskan. Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala.

Antara pengisian program adalah jamuan ringan dan tazkeerah bertajuk Arkanul Bai’ah atau 10 rukun Bai’ah disampaikan oleh Bro. Roesli. Semua hadirin kena menghafal 10 rukun tersebut.

Majlis bersurai jam 9.30 malam.

Sekian…