Alhamdulillah, majlis perpisahan ini diadakan pada 25/12/2009 (Jumaat) di rumah Suriani/Roesli. Majlis ini bermula pada jam 12.00 tengahari. Kehadiran ikhwah/akhawat seramai 30 orang termasuk anak-anak meraikan majlis ini.

Semangat ukhuwwah dikalangan ikhwah dan akhawat tanpa membatasi sempadan usia mampu membuahkan bibit-bibit rahmah dikalangan sesama sendiri.  Kerana rahmat itu adalah ganjaran yang amat besar yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara maka damaikanlah antara keduanya dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat:10)

Terima kasih kepada Kak Nor dan Abg Fakharuldin sekeluarga dari Leeds kerana membawa hidangan istimewa iaitu Ayam Turki Grill. Dan tidak ketinggalan juga kepada semua yang menyediakan hidangan semasa majlis tersebut.

Majlis perpisahan ini bukanlah syarat perpisahan yang terakhir tetapi insyaallah merupakan majlis yang lebih membawa erti ukhuwwah dikalangan kita. Semuga Allah memberkati usaha dakwah yang telah dilakukan oleh Ukhti Fazlin/Ust Yusof dan menganjari segala pahala ke atas pengorbanan tenaga dan harta yang telah diinfakkan ke atas jalannya.

Semoga bertemu di Malaysia…. Insyallah.