Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas keizinannya untuk kami (Raudhah dan Asyifa) melawat bumi Padang, Indonesia. Sungguh pengalaman semasa di sana tidak dapat dilupakan, dan mengajar kami untuk benar-benar bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan selama ini. Kita benar-benar bertuah apabila diberikan kehidupan yang aman, moden dan serba cukup.

Terlebih dahulu, saya mohon maaf atas kelewatan menulis laporan ini, disebabkan percutian ke Malaysia serta urusan keluarga yang membantutkan kerja saya untuk menulis laporan ini. Kekangan peluang, peralatan dan juga waktu menyebabkan saya terpaksa menangguhkan penulisan laporan ini.

Pada 17hb Disember,secara rasmi kutipan derma Misi Kasih Padang ditutup, dan keseluruhan jumlah kutipan derma telahpun mencecah £ 1178.84. Selain itu, sejumlah derma dari Malaysia juga diperolehi untuk misi ini.

Keseluruhannya, apabila ditukar ke duit rupiah, jumlah wang derma yang kami bawa adalah lebih kurang 18 juta rupiah.

Ketibaan kami di airport Padang pada pukul 2 petang waktu tempatan disambut oleh sahabat saya Rini Mulyani dan juga sahabatnya Yuli. Pada mulanya kami bercadang untuk tinggal di hotel, tetapi Yuli menawarkan kami untuk tinggal di rumahnya, agar keakraban dan kemesraan persahabatan ini akan mudah terjalin. Kami menyewa sebuah kereta dan seorang pemandu untuk memudahkan pergerakan kami. Destinasi pertama yang kami tujui adalah restoran makan. Hidangan makan petang hari itu sungguh istimewa, kami makan Nasi padang yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 lauk. Sungguh enak. Sepanjang perjalanan pada petang itu, kami amat terkejut melihat pemandangan bangunan-bangunan konkrit yang runtuh, pelbagai perasaan bercampur baur kerana pertama kali melihat dihadapan mata runtuhan bangunan yg telahpun meragut byk nyawa manusia. Terasa benar kekuasaan Allah apabila Dia menurunkan bala dan bencana, tiada siapa yang dapat menolok takdirNya. Saya dan Rini, kemudian meneruskan usaha kami untuk menangkap gambar runtuhan bangunan (vulnerability data).

Kami tiba di rumah Yuli pada pukul 7 malam dan menyiapkan diri untuk berehat. KAmi disambut dengan gembira oleh suami dan anak-anak Yuli ( Sherina, 8 tahun dan Tiffany, 1 tahun). Yuli adalah sangat peramah orangnya. Dia adalah seorang pensyarah di Universiti Bung Hatta, Indonesia. Dia juga amat giat menjalankan kerja-kerja volunteer untuk membantu masyarakat yang di dalam kesusahan.

Kami bertiga tinggal di bilik bawah, cukup selesa. Kemesraan bersama keluarga dan jiran tetangga Yuli amat kami rasai. Pada malam itu, kami berbincang bagaimana untuk menguruskan wang derma yang dibawa. Kami berasa amat bertuah kerana Allah telah menemukan kami dengan orang yang tepat untuk membantu kami menghulurkan derma ini. Rupa-rupanya Yuli juga antara individu yang bergiat aktif mencari dana untuk membantu masyarakat Padang yang di timpa bencana.

Sewaktu di Sheffield, UK, saya telahpun menghubungi Pak Imam Akbari dari kumpulan ACT (Aksi Cepat Tanggap) pimpinan Al-akh Ahyudin. Semasa di Padang, kami telah pun menghubungi Pak Imam, w/bagaimanapun kami tidak dapat bertemu dgn Pak Imam Akbari kerana beliau terpaksa ke Jakarta. Wakil kumpulan ACT, Pak Ikon dan dua lagi rakan-rakannya berjumpa dgn kami di rumah Yuli. Kami menyerahkan sejumlah derma 5 juta rupiah kepada kumpulan ACT, dan mengambil gambar kenangan bersama mereka.

Selebih wang derma, sebanyak 13 juta rupiah kami bercadang untuk mengagihkannya sendiri. Kami ingin turun padang merasai bagaimana kehidupan masyarakat yang menderita ditimpa bencana ini. Menurut Yuli, pada waktu itu, mangsa bencana ini tidak lagi memerlukan makanan dan khemah kerana sudah banyak yang didermakan, sebaliknya sudah tiba masanya untuk mereka membaiki semula rumah kediaman mereka. Oleh kerana kami bertiga dari jurusan Civil Engineering, maka tiada lain dalam fikiran kami, simen dan atap zink adalah bahan tarbaik untuk didermakan kepada mereka. Kami tidak bercadang memberikan wang kerana menurut Yuli, sekiranya diberikan wang, mungkin mereka akan menggunakan wang untuk tujuan lain dan menangguhkan usaha membaiki rumah.

Keesokan harinya, saya dan Rini melaksanakan tugasan kami untuk mengambil data kerosakan pada bangunan-bangunan yang runtuh. Kami ke destinasi Universiti Bung Hatta, tempat kerja Rini dan Yuli. Disana kami berpeluang bertemu dgn ramai tenaga pengajar Fakulti Kejuruteraan Sivil dan kami juga turut berjumpa dgn Pak Dekan yang begitu ramah menyambut kedatangan kami. Kami byk mendengar pengalaman setiap individu sewaktu berlakunya gempa bumi tersebut.

Selesai tugas kami di sana, kami memulakan perjalanan kami untuk ke destinasi ‘toko pembangunan’ ataupun kedai yang menjual bahan-bahan binaan. Seterusnya, kami terus menghantar beg-beg simen kepada mereka yang memerlukan. Yuli telahpun menyenaraikan lebih kurang 15 nama yang harus kami hulurkan bantuan ini. Mereka adalah antara insan-insan yang rumah kediaman mereka rosak teruk dan tidak berkemampuan untuk membaiki sendiri.

Kami mengunjungi Ibu Harne Julianti Tou yang menerima 10 beg simen, Pak Riri yang menerima 20 beg simen, Pak Ujang menerima 20 beg simen. Kesemua rumah kediaman mereka jauh tapi, syukur kami dapat juga singgah untuk meghulurkan bantuan. Tiada kata lain melainkan ucapan terima kasih dan mereka amat bersyukur atas pertolongan yang dihulurkan.mungkin ekspresi wajah mereka lebih tepat menggambarkan betapa mereka amat bersyukur dan berterima kasih atas pertolongan ini. Semoga Allah memudahkan lagi urusan mereka untuk membina kembali kehidupan mereka. Kami sempat mengambil gambar kenangan bersama banner yang kami bawa dari Malaysia.

Yuli pula amat bersemnagt untuk membawa kami ke rumah2 penerima derma yang lain, w/bagaimanapun, kekangan waktu menyebabkan kami menolak cadangan Yuli dan bercadang meninggalkan wang derma 10 juta rupiah kepada Yuli untuk membuat bayaran pembelian Simen dan atap pada minggu hadapannya. Yuli telahpun menghubungi kesemua penerima derma dan berjanji untuk bertemu mereka pada minggu depannya untuk menghulurkan bahan binaan tersebut.

Selesai mengunjungi mereka, waktu sudah menunjukkan pukul 5petang. Kami harus meneruskan tugasan kami untuk mengambil data kerosakan, jadi kami kambali ke destinasi runtuhan bangunan dan mengambil gambar-gambar kerosakan. Kami turut merasai pengalaman di kejar anjing yang sangat garang, mujur Allah lindungkan kami daripada menjadi mangsa anjing tersebut.

Malamnya kami pulang dengan keletihan, tapi puas. Kerana hajat misi kasih Padang ini sudah kami lakukan sehabis baik mengikut keupayaan kami.

Pada keesokan harinya, kami telahpun ke Bukit Tinggi untuk berjalan-jalan, melihat keindahan tempat-tempat menarik di Sumatera Barat, Indonesia. Perjalanan ke sana memakan masa 2jam. Di bukit tinggi, kami berpeluang membeli belah dan merasai masakan Padang yang sungguh enak. Kami turut ke destinasi Lubang Jepang (Terowong Jepun) yang dibina sewaktu Zaman Pemerintahan JEpun.

Secara keseluruhannya, pengalaman di Padang adalah sesuatu yang amat tidak dapat kami lupakan. Amat bersyukur diberi peluang untuk merasai kesusahan hidup masyarakat di sana, walaupun cuma sekadar 3 hari. Semoga Allah memberikan semngat untuk mereka teruskan kehidupan dan bangkit semula daripada musibah ini.

Seterusnya, kita teruskan lagi semangat untuk menghulurkan derma dan menginfakkan harta ke jalan Allah, kita hulurkan lagi bantuan untuk Misi Kasih Palestin yang sudahpun dilancarkan. Saudara-saudara kita disana amat memerlukan dan mengharapkan bantuan kita. Semoga niat kita yang ikhlas diganjarkan Allah dengan syurgaNya. InshaAllah.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:
Raudhah Ahmadi
Wakil dari MSM Sheffield, untuk Misi Kasih Padang, 2009.

Rini, Asyifa, Raudhah, Ibu Harne dan Ibu Yuli, bergambar kenangan di rumah penerima derma sebanyak 10beg simen.

Bersama Pak Ujang dan anak-anaknya di rumah kediaman mereka yang telahpun dilabelkan sebagai tidak layak huni oleh pihak berkuasa.

Bergambar kenangan bersama Pak Riri dan anak perempuannya yang menerima sebanyak 20 beg simen.

Gambar kenangan bersama Pak Ikon dan sahabatnya dari kumpulan ACT semasa di rumah Yuli.