Gambar Hiasan sahaja

Alhamdulillah…

Qiyyam Jama’ie dan solat hajat Sisters telah diadakan di Havelock Street Sheffield bertarikh 7/1/2010 Khamis. Program ini bermula pada jam 6.00 petang sehingga 11.30 malam.

Di antara pengisian utama adalah solat Hajat dan solat Taubat, bacaan Yasin, taaruf dan pengisian bertajuk Sabar oleh Ukti Norida dan mendengar kuliah MSM Online bertajuk Anas Bin Malik (oleh Us Mazrul) serta makan malam.

Seramai 30 orang akhawat telah hadir.

Semoga Allah mengukuhkan dan mempersatukan hati-hati kita semua supaya terus iltizam dan istiqamah amal di antara kita.

Sekian.