Alhamdulillah…

Qiyyam Jama’ie Brothers telah diadakan di MWHS bertarikh 8/1/2010 Jumaat. Program ini bermula pada 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Di antara pengisian utama adalah Al Mathurat, Tadarus Quran Surah Al Kahfi ayat 1 – 110. Kupasan dan Katirah dari ayat tersebut, Tazkeerah bertajuk Kepentingan membaca dan menghayati Al Quran oleh Bro. Roesli dan pengisian perut (Roti Nan dan Dalca serta Coffee panas), Solat Hajat, Solat Tahajjud, Taubat dan Witir.

Seramai 10 orang telah hadir. Semoga Allah mengukuhkan Iman dan Ukhuwwah yang menjadi tunjang kekuatan dan intima kita untuk terus istiqamah di jalan Allah.

Program berakhir jam 11.30 malam.