Alhamdulillah. .. pada awal bulan Januari 2010, sumbangan dari sahabat-sahabat melayu Sheffield telah selamat di sampaikan kepada anak-anak yatim di Darul Falah, Kuala Terengganu. Wakil MSM yang hadir ialah saudari Azimah, Ustaz Yusof dan saudari Fadzlin di iringi oleh ibu, emak saudara dan nenek saudari Fadzlin. Kami di sambut meriah oleh anak-anak yatim disana dan juga warden yg bertugas ketika itu. Sumbangan terdiri drp barangan carboot… buku-buku bacaan dalam bahasa inggeris dan juga board games. Kelihatan anak-anak muda di sana teruja dengan board games yg diberi dan tidak sabar-sabar untuk menggunakannya.

Terima kasih kepada semua warga Sheffield yang telah menyumbang…

Moga usaha kecil ini akan membantu dalam memperbanyakkan sedeqah jariah kita dan menjadi pemberat timbangan kita di akhirat kelak.

Di harap sumbangan seperti ini dapat diteruskan di tahun ini dan tahun-tahun yg akan mendatang… .

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam buat tatapan bersama…

Di upload oleh ana muslim at 20:16