Salam,

 Alhamdulillah kami telah mengadakan jaulah ke Manchester bersama-sama dgn ahli-ahli usrah UG seramai 6 orang termasuk 2 orang PG (kesemuanya seramai 8 orang + 2 buah kereta) sebagai salah satu aktiviti usrah. Kesemua mereka adalah ahli-ahli usrah kepada akhi Najib. Matlamat jaulah adalah untuk menguatkan ukhuwwah di antara Naqib dan ahli-ahli usrah.

Kami bertolak jam 3 petang dari sheffield. Perjalanan mengambil masa 1 jam 10 minute melalui jalan Snake Pass, Manchaster road. Keadaan jalan di Snake Pass amat foggy dengan jauhnya penglihatan lebih kurang satu atau 2 buah kereta sahaja dan kelihatan juga masih terdapat bongkah ais di tepi jalan.

************

Stadium Manchester United, Old Trafford

Sampai di Manchester city, mereka dibawa mengelilingi pusat bandar manchester walaupun keadaan sudah mula kelihatan gelap. Alhamdulillah, kami disambut dengan penuh ukhuwwah oleh brother Manchester. Dengan taaruf ringkas sesama kami dengan tuan rumah, kami terus mengerjakan solat jamak maghrib dan Isyak dan pengisian tazkeerah bertajuk kepentingan membaca dan mengamalkan Al Quran yang disampaikan oleh akhi Rashdan.

Lebih kurang  jam 9 mlm, kami keluar makan bersama di restoran Al-Jazeera dimana kami dihidangkan dgn nasi kambing Qabily rice dan juga ayam panggang. Berceloteh sambil makan amat menyeronokkan.Ditambah pula dengan desert di kedai Ice cream Moonlight seperti Ice cream dan Faluda.

Kami menginap di rumah akhi Rashdan dan bertaaruf dgn lebih mendalam untuk mengenali hati budi antara satu sama lain. Lamb ribs dibeli sebagai juadah kudapan lewat malam…( jgn salah faham bukan ana yang makan..cuma untuk adik2..ana tak makan sangat..heheh) .

Kami mulakan taaruf dengan semua orang tentang cerita pengalaman hidup sebelum ini, suka duka, hal pelajaran dan apa sahaja yang terlintas. Cerita-cerita tersebut banyaknya diselang-selikan dengan gelak tawa dan tumpuan penuh kusyuk mendengar celoteh adik2. Macam=macam cerita dari keadaan cerah ke gelap, dari gelap ke cerah, kerajaan jin, menghambat lembu dsbnya. Allahu akhbar… sedar2 dah pukul 3.30 pagi. Punyalah seronoknya bersembang…

**********

Tidur lebih kurang 2 jam sahaja, dan lebih kurang jam 6.30 pagi kami bangun dan bersolat subuh berjemaah, dan kami meneruskan tidur kami hingga jam 10 pagi… hehe. Terima kasih akhi Alif (ikhwah Manchester) kerana menyiapkan sarapan pagi (Roti paratha dan kuah kari) untuk kami semua.

Stadium Manchaster City

Dan jam 10.30 pagi… bersiap ke Old Trafford, Manchester United Stadium.

Antara tempat yang dilawati spt. Old Trafford Stadium, Retail shopping complex dan Manchester City Stadium.

Bertolak balik ke Sheffield jam 8.30 malam dan tiba lebih kurang 10.30 malam.

Alhamdulillah terasa seronok dengan program jaulah ini. Terasa hubungan ukhuwwah seperti hubungan adik-beradik, syukur alhamdulillah…

Nota: Sekalung penghargaan kepada ikhwah Manchaster, terutama kepada Akh Rashdan, akh Pijie (ikhwah Manchester- sebagai tourist guide yang paling setia sepanjang hari), Alif, Sharil dan lain-lainnya semuga Allah memberkati pertolongan antum semua…

Najib – 7/2/2010