Pada 13 Februari yang lalu, ikhwah dan akhawat dari Sheffield telah menghadiri Palestine Conference anjuran FOSIS di University of Manchester. Program tersebut dihadiri oleh kira-kira 450 orang peserta dari seluruh UK dan mula pada pukul 11 pagi dan tamat kira-kira 7 malam.

Speaker terkemuka yang hadir ialah Dr. Azzam Tamimi, Idris Tawfiq, Ismail Patel, Daud Abdullah, John Rose dan Stephen Sizer.

Siri ceramah yang disampaikan seperti ‘The history of Zionism & Palestine; An Overview’, ‘The Gaza Story: From the Beginning’, ‘Christian Zionism and the International Support for Israel’ dan banyak lagi.

Selain itu siri bengkel juga turut diadakan seperti ‘How to lobby the media on Palestine issues’, ‘Political lobbying strategies’ dan perkongsian pengalaman oleh wakil Viva Palestina.

Gerai-gerai menjual merchandise Palestin dan buku-buku tulisan speaker jemputan turut dijual.

Sedikit petikan daripada ceramah Idris Tawfiq:

Semasa beliau pergi ke hospital-hospital untuk melawat warga Palestin yang cedera akibat serangan Zionist, beliau berkata, ‘I never heard they any single of them complaining and saying ‘what should we do after this?’, but what I heard was ‘Subhanallah, Allahuakbar, ….’. (Teringat kisah Bilal yang menyebut ‘ahad, ahad, ahad’ semasa disiksa oleh golongan musyrikin.

  

Sekian.

Disediakan oleh: Pengarah Projek MKP2010