Bersempena dengan Majlis Nisa’ Nasheed Extravaganza (NISE), yang telah berlansung di University of Leeds semalam,saya selaku Manager, ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan yg dicapai oleh kumpulan ‘The Contrast’ dari Sheffield yang terdiri daripada Norshazwani Othman, Mia Amira, Yana Saiful, Nor Hamira, Nur Dalila Yahya, Nur Hidayu Ahmad dan Atikah Abd Latiff. Kalian telah berusaha gigih utk petandingan ini dan berkat kerjasama yang diberikan, kemenangan ini adalah rezeki yang Allah kurniakan buat kalian.

Syukur alhamdulilah, kumpulan The Contrast telah memenangi tempat ketiga daripada 13 kumpulan yang tidak kurang hebat semuanya yang turut bertanding semalam. Ini adalah kemenangan yang julung-julung kalinya buat Sheffield dan amatlah membanggakan bagi seluruh warga Sheffield. Semoga kemenangan ini akan memberikan lebih semangat kepada mana-mana wakil kumpulan dari Sheffield untuk terus berjaya dalam apa jua pertandingan pada masa akan datang.

Tidak dilupakan, ucapan tahniah buat kumpulan ‘Mantoop’, juga dari Sheffield yang telah bersungguh-sungguh memberikan persembahan yang terbaik. Semoga pengalaman ini akan memberikan semangat kepada adik-adik dari Sheffield utk memberikan persembahan yang lebih mantoopp di tahun hadapan. InshaAllah.

Juga diucapkan tahniah kepada semua penyokong-penyokong dari Sheffield yang sudi datang memberikan sokongan kepada sahabat-sahabat kita. Terima kasih kepada jurugambar-jurugambar (yang berusaha gigih sgt2 demi nak dapatkan shot yg terbaiki). Sesungguhnya, ukhuwwah yang terjalin kerana Allah adalah lebih manis dan semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya selalu. Ameen.

Tahniah sekali lagi buat adik-adik semua.

Laporan oleh,
Manager ”The Contrast’
Raudhah