Alhamdulillah, Team Misi Kasih Palestine telah berjaya membuka booth MKP2010 semasa program Muzakarah Nasional MSM yang berlangsung di Birmingham pada 20/2/2010. MKP2010 adalah bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin sumbangan kepada bantuan hak kemanusian Palestine dan meningkatkan jualan barang-barang VIVA Palestine seperti beg, hoodies, bendera dan sebagainya.

Jaringan bersama dengan VIVA Palestine telah banyak membantu Misi Kasih Palestine MSM ini bergerak kehadapan membantu menangani isu-isu hak kemanusian di Palestine.

Tahniah kepada team MKP 2010, semoga usaha tersebut dibalas oleh Allah Taala dengan ganjaran pahala yang berganda.

Marilah bersama-sama membantu dan menjayakan Misi Kasih Palestin ini.

Sila layari laman: http://mkpalestin.blogspot.com untuk maklumat lanjut

Sekian, wassalam