Alhamdulillah…

Ini sejarah kita atau ISK telah diadakan pada 20/2/2010 Sabtu bertempat di Balfour Road, Darnall. Program ini diadakan untuk peserta lelaki sahaja dengan kehadiran seramai 8 orang. Program ini bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 9.00 malam. Pengisian telah disampaikan oleh Bro. Pijie (Manchester) dan dibantu oleh ahli-ahli usrah beliau.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Antara pengisian program ialah menjelaskan perjalanan Sejarah keagungan Islam dan tanggungjawab kita sebagai hak muslim. Tuntutan kepada 7 Maratib Amal iaitu hak-hak tanggungjawab bermula dengan pembentukan diri sehinggalah kepada hak ustaziatul alam yang menjadi tanggungjawab kita untuk merealisasikannya di dalam diri kita sebagai muslim.

Semoga semua peserta dapat menghayati segala pengisian dan merasakan penuh keinsafan tentang tanggungjawab kita sebagai akh muslim yang sentiasa menuntut sifat kehambaan diri kita kepada Allah Taala..

Jazakallahu khairan kepada semua yang hadir dan membantu menjayakan program ini.

Sekian, wassalam.

Untuk perkongsian bersama…

Sila lawati laman: http://www.dakwah.info/ini-sejarah-kita/92-multimedia/391-isk-versi-english

The Future Of Our Religion by Dr Tareq Al Suwaidan (1 of 13)