Alhamdulillah, pihak MKP telah membuka booth jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya Sheffield Games. Booth MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah dijual seperti merchandise Palestin, muffins Misi Kasih Palestine, halal marshmellow dan produk HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestine.

Sambutan daripada para pengunjung adalah amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan sokongan bersama. Selain itu pihak kami juga sempat bermuaiyasyah dengan pelanggan dan berkongsi maklumat tentang isu Palestin ini dan perihal Tarbiyyah MSM.

Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat termasuklah yang berpenat lelah membakar muffin dan membuat marshmellow, yang menjaga booth, melayan pengunjung, mengangkat barang dan lain-lain. 

  

Semoga Allah melipatkan ganjaran pahala kita semua.

Sekian, wassalam. 

Laporan disediakan oleh Pengarah Projek MKP