Alhamdulillah, Pihak akhawat MSM Sheffield  telah menyertai dan membuka booth jualan juadah makanan yang beraneka jenis di Program Sheffield Games anjuran SMSA yang berlangsung pada 27/2/2010 Sabtu. Antara jualan utama adalah jenis kuih-muih sehinggalah juadah nasi ayam.

Jualan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Pelanggan terdiri dari para pemain, warga Melayu tempatan dan luar kawasan.

Semangat dan ukhuwwah yang diberikan amatlah terpuji, kerana bukan untung dan rugi sebagai kiraannya tetapi lebih mengharapkan rasa kebersamaan di dalam melaksanakan amal.

*****

Selain itu pihak usrah Sheff (sisters) dibawah pimpinan Ukht Fauziah Toha juga berjaya membuka booth berasingan selang dua meja dari meja akhawat MSM Sheffield dengan melibatkan semua ahli usrahnya dengan menjual beranika jenis masakan Melayu yang jarang-jarang sekali boleh diperolehi di bumi UK ini.

Alhamdulillah, juadah makanan mendapat sambutan.

Semoga ukhuwwah dapat dijalinkan sesama ahli dan Allah menambatkan hati-hati kita semua untuk terus istiqamah beramal diatas jalannya.

Sekian.