Alhamdulillah, team MKP Sheffield telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang Misi, visi dan objektif kewujudan MKP di program POP Leeds anjuran ILuvIslam yang bertempat di bangunan Parkinson Universiti Leeds bertarikh 20 Mac 2010 hari Sabtu.

Disamping itu team MKP ini juga dibenarkan membuka booth jualan barang-barang MKP, mengedarkan tabung Palestine dan menjual tiket-tiket Charity Dinner yang akan diadakan pada 24 April 2010 dan mengedarkan profile tentang Majlis Syura Muslimun.

Booth jualan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan di atas sokongan dari para peserta POP. Booth ini juga turut dibantu oleh sisters Leed selaku team MKP Leeds dan semoga Allah menganjari pahala untuk kita semua.

Sekian.

Laporan oleh Wakil MKP Sheffield