Alhamdulillah, UG Sisters MSM-MAB telah diadakan pada 19/3/2010 Jumaat bertempat di Muslim Welfare House Sheffield jam 7.00pm – 8.30pm.

  

Kehadiran peserta disekitar 15 orang. Syukur pada Allah Taala, dimana program ini berjaya menghimpunkan semua sisters MSM Sheffield dan MAB Sheffield yang bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah fillah dan bertukar-tukar pandangan mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan tenaga kerja bersama dan juga penyelarasan fikrah antara satu sama lain.

Antara pengisian yang menarik itu ialah bagaimana berdakwah untuk orang-orang English – Sejarah keislaman orang-orang English, emosi orang English dan teknik dakwah yang mana ianya disampaikan oleh Sis.Amina Blake, Usrah dan ta’aruf dan lain-lain lagi. 

Perjumpaan ini berjaya mengujudkan suasana perbincangan yang positif dan harmoni diantara satu sama lain.

Semoga Allah amencurahkan barakah di atas usaha sister dan memperaratkan tautan ukhuwwah di antara satu sama lain.

Sekian.

Laporan oleh
Sisters Sheffield 2010