Alhamdulillah, seramai 15 orang dari Sheffield telah berjaya menunaikan Umrah musim bunga ini melalui MSM Travels & Tours. Mereka telah bertolak dari lapangan terbang Heathrow London pada 2/4/2010 12.30 tengahari dan tiba di Jeddah pada pukul 9.00 malam. Kumpulan jamaah ini disambut oleh Ust Fakhri Zaini dan Ust Md Taib sebagai mutawwif di sana. Kumpulan jamaah pulang ke UK pada 10/4/2010. Segala urusan tersebut berjalan dengan lancar.

Labbaikallahumma labbaik…

Menjadi tetamu Allah adalah ganjaran yang paling berharga dan bernilai. Tidak semua dikalangan kita akan dijemput oleh Allah. Selang masa dan waktu sahaja yang menentukan siapa undangannya seterusnya.

Labbaikallahumma labbaik…

Menunaikan umrah atau haji bukanlah urusan lawatan atau ziarah biasa tetapi ianya lebih kepada datang untuk menyerahkan diri kita kepada Allah Taala. Menyahut panggilan yang mengarahkan diri kita ini supaya tunduk dan patuh kepadanya. Peluang untuk bersemuka dengannya. Bertaqarrub dan bermunajah kepadanya dengan lebih tenang.

Semoga Umrah mereka diterima oleh Allah Taala dan mereka diampunkan segala dosa dan ditingkatkan amal ibadah kepadanya.

Sekian.

Laporan oleh,
Biro Tarbiyyah dan Dakwah, Sheffield