Alhamdulillah, Hari keluarga usrah Sheff (Sisters) telah diadakan di Pandarosa Park, Sheffield pada 16/5/2010 Ahad. Program ini bermula pada pukul 11.00 am. Tujuannya ialah untuk merapatkan ikatan ukhuwwah sesama ahli usrah dan meraikan kepulangan Dr. Salmiah + Bro. Mahathir sekeluarga ke tanahair tercinta setelah menamatkan pengajian di sini.

  

Antara pengisian program adalah BBQ dan program-program sukaneka di pihak sisters. Seramai 30 orang hadir termasuk anak-anak.

Program berakhir jam 4.00 petang. Semoga Allah memberkati usaha yang telah dilakukan.

Sekian.