Alhamdulillah, program Iftar + Usrah Gabungan Brothers dan sister Undergrade & Post Grade telah diadakan di MWHS pada 20/5/2010 Khamis bermula pada pukul 8.00 malam. Seramai 11 orang brothers dan 8 orang sisters serta anak-anak telah menceriakan majlis ini.

 

Antara pengisian program adalah seperti Bacaan Mathurat, Tilawah dan Tadabur surah Al Isra’ ayat 1 – 50, Iftar, Solat Maghrib + Isya’, Makan malam dan pengisian bertajuk Dakwah dan Pengalaman yang telah disampaikan oleh Pak cik Fakharuldin Ishak dari Leeds.

Semuga kehadiran dengan niat yang ikhlas dan amal harian yang berterusan dan tsabat ini dikurniakan oleh Allah Rahmah dan inayah ke atas semua hadirin.

Majlis tamat pada pukul 11.00 malam dengan disudahi tasbih Kafarah dan Surah Al Asr.

Sekian.