Kenapa kita tidak boleh makan makanan haram?…

Kenapa kita tidak boleh makan semua makanan yang dibuat oleh orang yang bukan muslim walaupun ada logo Halal?…

Kenapa itu tidak boleh dan ini pun tidak boleh?…

Apakah kesannya pada diri dan hati kita?…

Sukar untuk menjawab semua persoalan ini kalau tidak dengan jawapan yang dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah Taala. Setiap yang dilarang ada sebab dan akibatnya. Itulah tandanya diri kita sedang diuji. Adakah kita ini seorang yang taat atau yang membantah dengan ketentuan Allah Taala. Syurga Allah adalah untuk mereka yang mampu beribadah dan sujud mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Apakah kaitannya pemakanan dengan beribadah kepada Allah?.. Bukankah pemakanan dan beribadah itu berbeza kelakuannya?. Ya memang benar tetapi kita perlu ingat bahwa diri yang suci sahaja mampu meningkatkan kekhusyukan kita beribadah kepada Allah. Kita rasa manis iman untuk beribadah dan sujud kepada Allah. Kita merasa tenang untuk rukuk kepada Allah Taala. Kita akan dapat rasakan ruh ciptaan Allah yang telah diilhamkan kepada kita jalan kebaikan ini seronok untuk bertakarrub dengan Allah Taala. Bukahkah itu yang kita idamkan selama ini sebagai hamba kepada Allah Taala?.

Demi jiwa dan penyempurnaannya, maka dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikannya, dan sungguhnya amat rugi orang yang mengotorinya. (Assyam 7-10)

Berbicara tentang makanan yang halal dan haram ini memang tidak akan habis-habis. Ada berbagai-bagai pandangan dan pendapat dan jalan mazhab yang diikuti. Tetapi sedia maklum semua bersetuju dengan larangan mengambil makanan yang haram. Kerana yang haram itu lebih hampir kepada neraka jahanam. Jangan biarkan diri kita dimamah dengan api neraka jahanam yang menjulang-julang apinya dengan panas yang teramat sangat sehinga sukar hendak diungkapkan dengan kata-kata. Sekadar membayangkannya dengan merasakan panasnya api di dunia ini sahaja sudah cukup terik bahang panasnya. Kejamnya diri kita ini kerana tidak beramanah menjaga setiap anggota badan ini dengan membiarkannya bersama-sama dengan benda-benda haram dan syubahat.

Dari Abu Abdullah Al Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran (syubahat), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakkan manusia. Maka barang siapa memelihara segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah! bahawa tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Keutamaan kita untuk menjaga setiap inci pemakan kita adalah satu kefarduan. Kerana semua yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan ia diwarisi oleh anak dan cucu kita kelak.

Antara tip pemakanan yang disyorkan:-

1. Makanlah makanan yang bersih dan suci dari sebarang najis dan bangkai.

2. Seelok makanan ialah makanan yan disediakan oleh ibu-bapa, isteri atau ahli keluarga kita.

3. Carilah makanan yang disediakan oleh orang-orang Islam walaupun kecil bahannya.

4. Hindarkan pemakanan yang bersumberkan sumber syubahat kerana syubahat itu lebih hampir kepada yang haram

5. Ambillah makanan yang segar dan kurangkan memakan makanan segera dan sejuk beku yang lama.

6. Mulakan bacaan basmallah ketika hendak makan dan di akhiri dengan bacaan syukur kepada Allah.

7. Perolehilah setiap makanan kita dengan percarian rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah.

Semoga Allah memberkati kita dengan ibadah yang telah dilakukan sepenuhnya kepadanya.

Amin ya rabbal ‘alamin.