Alhamdulillah pihak brothers telah berjaya melakukan aktiviti jogging untuk  riadah berjama’ie di Botanical Garden Sheffield. Program ini diadakan pada 4/7/2010 (Ahad) bermula jam 6.00 petang.

Seramai 7 orang telah menghadiri aktiviti ini. Aktiviti ini bukan sahaja menyehatkan tubuh badan tetapi suasana disekelilingnya membantu merehatkan minda setelah seharian sibuk dengan aktiviti yang lain.

Semoga Allah memberkati niat dan usaha yang dilakukan.

Sekian terima kasih.