Assalamualaikum wrt,

Begitu pantas masa berlalu, masih terasa kehangatan ukhuwwah sewaktu di Pembrokshire musim panas yang lepas dan kini musim panas menjelma lagi. InsyaAllah MSM akan meneruskan lagi Perkhemahan Musim Panas pada tahun ini masih di Wales tetapi beralih disebelah Utara Wales.

Tempat:
Bryn Gloch Caravan and Camping Park,
Betws Garmon, Caernarfon, Gwynedd, LL54 7YY.

Tarikh:
31 Julai 2010 hingga 2 Ogos 2010

Bagi saudara/saudari yang berminat tetapi masih belum mendaftar..peluang untuk bersama-sama di Perkemas’10 masih dibuka, sila hubungi Tn. Hj. Amirasyid Densibali di amirasyid@yahoo.com, (no hp: 07939404280)

Berikan butiran berikut didalam emel anda:

  • Nama penuh bapa:
  • Nama penuh ibu:
  • Nombor telefon (hp):
  • Nombor plat kenderaan yang akan digunakan:
  • Kawasan tempat tinggal:
  • Nama anak-anak beserta umur:
    1. Nama penuh & Umur
    2.
    3.

MAKLUMAT PEMBAYARAN:

1) Pembayaran keseluruhan:

Pembayaran tapak perkhemahan + Kos Program + Program Tunas Taqwa untuk anak-anak 3 – 12 tahun.

i) Pembayaran Tapak Perkhemahan

Asas: 2 malam x £19 (perkhemah untuk dua orang)=£38.

**Sekiranya ada penambahan orang untuk semalam bayaran bagi seorang dewasa £4 (17+) dan £2 seorang kanak-kanak

Sila rujuk tariff di website http://www.northwalescamping.co.uk

ii) Pembayaran Kos Program

£ 1.00 x bilangan ahli keluarga.

iii)Pembayaran Program Tunas Taqwa:

£1.00 x bilangan anak yang menyertai.

******

Contoh perkiraan:

Ibu,Ayah dan Dua orang anak ( berumur 7 tahun dan 12 tahun)

Bayaran Tapak:

– 2 malam x (19+2+2)=£46

Bayaran Program

– £1 x 4=£4

Bayaran Tunas Taqwa

– £1 x 2=£2

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar=£52.00

2) Cara pembayaran:

Pembayaran penuh perlu dilakukan secara online ke akaun tertera dibawah:

Account Name : MSM Fees
Account No : 31458256
Sort Code : 40-31-17
Ref: ODC-Nama ketua keluarga (cth: ODC-Azman)

******

PERATURAN PERKHEMAHAN

  1. Yuran dan borang pendaftaran perlu diserahkan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Peserta dikehendaki tiba di tempat perkhemahan awal atau selewat-lewatnya pada masa yang ditetapkan oleh penganjur
  3. Peserta dikehendaki mematuhi peraturan dan syarat-syarat perkhemahan yang telah ditetapkan oleh tuan punya kawasan perkhemahan
  4. Peserta hendaklah menjaga kebersihan kawasan khemah dan persekitaran perkhemahan.
  5. Sekiranya peserta, ahli keluarga mempunyai masalah kesihatan, segeralah memberitahu urusetia semasa pendaftaran
  6. Sekiranya peserta atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan, segeralah memaklumkan kepada urusetia yang bertugas.
  7. Sekiranya peserta atau mana-mana ahli keluarga hendak keluar dari kawasan perkhemahan maka perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia terlebih dahulu.
  8. Semua peserta dikehendaki mengikuti semua program yang telah diatur.
  9. Sekiranya peserta tidak dapat mengikuti program yang diaturkan maka perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia.
  10. Peserta hendaklah berkelakuan baik sepanjang program perkhemahan
  11. Peserta hendaklah mengambil peluang untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan peserta lain
  12. Sentiasa ceria tetapi tidak lupa mengingati Allah & Ar-Rasul sepanjang program berlansung.
  13. Bagi peserta wanita atau anak-anak perempuan, elakkan dari memakai dan membawa barang kemas yang akan mengundang kecurian ditapak perkhemahan
  14. Keselamatan dan hal kesihatan anak-anak adalah dibawah tanggungjawab peserta

PERSIAPAN PESERTA

  1. Peserta hendaklah membawa peralatan perkhemahan yang sesuai untuk perkhemahan
    1.1 Sleeping bag
    1.2 Khemah yang mencukupi
    1.3 Set peralatan yang sewajarnya seperti airbed, lampu suluh (cth: lantern light) dll.

  2. Peserta hendaklah membawa pakaian yang sesuai untuk perkhemahan
    2.1 Pakaian salinan yang sesuai (bawa baju sejuk utk mengelakkan kesejukkan diwaktu malam)
    2.2 Pakaian riadah yang sesuai
    2.3 Kasut riadah yang sesuai (serta selipar)
    2.4 Rain coat / poncho

  3. Peserta dikehendaki membawa barang-barang first aid kits sendiri
    3.1 Ubat batuk dewasa
    3.2 Ubat batuk kanak-kanak
    3.3 Minyak angin – Bam, minyak cap kapak dsbnya
    3.4 Paracatemol dewasa
    3.5 Paracatemol kanak-kanak
    3.6 Plaster
    3.7 Bandage
    3.8 Minyak sapu – Minyak Gamat dsbnya.
    3.9 Ubat Hay fever

  4. Peserta hendaklah membawa peralatan memasak sendiri yang mana di rasakan perlu
    4.1 Stove dan gas
    4.2 Periuk memasak nasi
    4.3 Periuk memasak dan mengoreng
    4.4 BBQ set, arang dan starter
    4.5 Barang-barang memasak sepanjang program

  5. Perkara berkaitan penyediaan makanan sepanjang program
    5.1 Peserta perlu menyediakan makanan masing-masing secukupnya sepanjang program
    5.2 Peserta perlu membawa 2 kilo ayam/daging yg di peram bagi tujuan bbq bersama pada petang hari kedua program. Namun pihak penganjur tidak menghalang sebarang aktiviti bbq pada malam pertama program.

**Disarankan agar para peserta membawa makanan yg telah dimasak secukupnya untuk dimakan di hari pertama program (siang dan malam).

Terima Kasih diatas kesudian anda untuk bersama MSM di dalam program ini. Semoga hubungan ukhuwah dan silaturrahim di antara kita akan terjalin ..InsyaAllah.

Layari http://perkemasmsm.wordpress.com/

Jumpa di saanaa…… .

Wassalam.