Salam,

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala kerana program PERKEMAS 2010 pada tahun ini yang merupakan temasya Perkhemahan Tahunan MSM telah dihadiri seramai 10 keluarga dan 5 orang bujang dari warga Sheffield.


Antara peserta Program Tunas Taqwa

Program ini telah diadakan pada 31/7/2010 sehingga 2/8/2010 bertempat di Bryn Gloch Caravan & Campsite, Caernarfon, North Wales.

Perkhemahan ini telah melibatkan seluruh ahli keluarga kerana tema PERKEMAS 2010 ialah Keluarga Bahagia. Berbagai aktiviti menarik telah diatur untuk memberikan keseronokan peserta sepanjang program berlangsung. Kehadiran warga veteran dari Sheffield telah menceriakan suasana program tersebut.

Jelas terbayang keceriaan diwajah masing-masing sepanjang program tersebut.

Semoga program PERKEMAS akan datang ini akan dihadiri dengan lebih lagi warga postgrad dan undergrad dari lokaliti ini.

Semoga bertemu lagi dimasa akan datang…

Sekian.

Laporan Biro Postgrad
MSM Sheffield