Assalamualaikum wth wrbt.

Ahlan Wasahlan Ya Ahli Ramadhan

Bangunan sekolah sediada yang disewa dari Majlis Perbandaran Kulim Kedah di Jalan Kilang Lama

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan dimana segala amalan kita dilipatgandakan pahalanya, pihak MSM Sheffield bersyukur kerana dapat menganjurkan ‘Misi Kasih SRINPEK’. Misi ini adalah bertujuan mengumpulkan derma untuk projek pembangunan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang Kulim Kedah (SRINPEK) http://www.srinpek.edu.my/. Untuk maklumat lanjut, bersama ini disertakan lampiran daripada pihak pengurusan tentang kempen kutipan dana ini sila klik Dana Wakaf Bangunan Sekolah SRINPEK.

Kutipan derma ini akan bermula pada hari ini sehingga 25 Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah, saya akan balik ke Malaysia pada 26 Ramadhan nanti dan akan berusaha menunaikan amanah untuk menyampaikan wang derma ini kepada pihak pengurusan, dalam bulan Ramdhan tahun ini juga.

Derma sahabat-sahabat sekalian bolehlah dihulurkan terus kepada saya atau secara online banking, pada butir-butir dibawah:-

Nama: Ahmadi R
Account No: 24236594
Sort Code: 60-19-07
Bank: Natwest

Ref: MKSrinpek

Sahabat sekalian, Rasulullah s.a.w sangat pemurah di bulan Ramadan. Para sahabat berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersedekah bagaikan angin bertiup – tidak terkira banyaknya. Maka jangan kedekut – bersedekahlah walaupun hanya dengan separuh buah tamar. Beri dalam senyap sebanyak yang mungkin – dan adalah lebih baik tidak diketahui orang.

Sekian, jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
Raudhah
MSM Sheffield