Alhamdulillah, program iftar jama’ie peringkat usrah untuk ikhwah dan akhawat telah diadakan pada 12/8/2010 Khamis di rumah akh Che Lee.

Program bermula pada jam 7.00 petang. Antara pengisian program ini ialah mendengar kuliah-msm online yang telah disampai oleh Ust Abd Aziz Lampeter bertajuk Nabi Ibrahim (sambungan bulan lepas...), Iftar, solat maghrib, Solat Isya’+Tarawikh+Witr, dan bertaaruf.

Seramai 10 orang ikhwah dan 10 orang akhawat telah menghadiri program ini selain diceriakan dengan keriuhan anak-anak. Majlis ini juga telah menerima kedatangan 3 orang tetamu iaitu pelajar dari Cairo, Mesir yang sedang bercuti di bumi UK ini.

Majlis ditangguhkan pada pukul 12.00 malam.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan diganjari rahmat ke atas kita semua.

Sekian.