Pada 28 Julai 2010 yang lalu, dunia dikejutkan dengan bencana alam banjir yang melanda Pakistan. PBB melaporkan banjir yang kini melanda Pakistan adalah krisis kemanusiaan terburuk sejak beberapa tahun lalu dengan 14 juta orang terjejas menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian Tsunami 2004 dan gempa bumi dia Kashmir dan Haiti. Sehingga kini banjir yang melanda telah memusnahkan beratus-ratus perkampungan, lebih 30,000 kediaman musnah, kemudahan infrastruktur rosak teruk dan mengancam lebih banyak nyawa ketika angka kematian kini melebihi 1600 orang.

Pihak MSM Sheffield dengan ini melancarkan projek “MISI KASIH PAKISTAN: Pakistan Flood Appeal” untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pakistan.

Kutipan derma akan bermula hari ini 4 Ramadhan 1431 H dan berakhir pada 1 Syawal 1431 H.

 Bagaimana setiap pound yang disumbangkan dapat membantu?

£ 15 dapat menyumbangkan 6 helai selimut untuk mereka yang tiada tempat kediaman selepas banjir.

£ 30 dapat membantu memberi imunisasi kepada 30 orang kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.

£ 40 dapat menyumbangkan 16 kelambu nyamuk (mosquito nets) untuk mengelakkan mangsa banjir daripada mendapat penyakit.

£ 50 dapat membekalkan 5 keluarga bekalan air minuman bersih.

£100 boleh membeli peralatan dapur untuk 6 buah keluarga yang hilang segalanya ketika banjir.

Bantuan dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian boleh la dihulurkan secara terus kepada saya ataupun secara online banking.

Butir-butir akaun untuk tujuan online banking adalah seperti dibawah :

Nama : MISS ZULFA H B ASHAARI
Account Number :2 4 1 9 4 0 6 9
Sort Code : 60-19-07
Bank: Natwest
References : MSMPFA

Keprihatinan yang diberikan tentunya amat bermakna buat saudara-saudara kita yang menderita di Paksitan. Mari kita mengambil keberkatan di Bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan Sadaqah. Semoga ia menjadi pemberat timbangan amalan kebaikan kita di akhirat kelak,Insyaallah.

“Ubaadah ibn as-Saamit, Rasulullah ﷺ berkata: “Ramadan sudah tiba, bulan barakah, Allah menyelubungi kita dengan RahmahNya, Dia memadamkan dosa-dosa, Dia memerhatikan kita berlumba untuk kebaikan, Dia bermegah mengenai kita kepada malaikatNya. Oleh itu, tunjukkan kepada Allah yang terbaik, sesungguhnya yang bermuram adalah yang dihalang dari mendapat rahmah Allah.” (HR Tabrani- Saheeh)

Sekian, Wassalam.

Zulfa Hanan Ashaari
Pengarah Projek Misi Kasih Pakistan,
CPO Sheffield,
PhD Student,
Department of Geography,
University of Sheffield,
Winter Street, Sheffield S10 2TN

https://msmsheffield.wordpress.com

http://msmsheffield.blogspot.com