Alhamdulillah, Masul EMSY Akh Abd Rahman Razali serta keluarga dari Loughborough bersama Akh Akram Bazari sekeluarga dari Southampton telah mengadakan ziarah ukhuwwah ke Sheffield pada 10/8/2010 Selasa. Mereka semua diraikan di rumah masul Postgrad Akh Luqman.

Tujuan mereka selain program ziarah ialah bertukar-tukar pandangan dan berbincang tentang gerakerja tarbiyyah dan dakwah di sini.

Mereka juga sempat menziarahi Sdr Tarik Abdul Latef salah seorang peserta PERKEMAS 2010 selepas solat tarawikh dalam suasana yang cukup ukhuwwah dan mahabbah.

Semoga dengan kehadiran mereka dapat menambahkan pengalaman dan meningkat ukhuwwah diantara satu sama lain.

Sekian, moga bertemu lagi.