Alhamdulillah, qiyamulail jama’ie brothers dan sisters telah dilaksanakan pada 20/8/2010 Jumaat. Pihak brothers telah diadakan di rumah bro. Saiful manakala pihak sisters telah diadakan di rumah Salsabila. Terima kasih kepada tuan rumah, semoga Allah merahmati kita semua.

Program bermula jam 11.30 malam di pihak brothers dan di pihak sisters pula telah bermula jam 10.00 malam. Seramai 11 orang sisters dan 3 orang di pihak brothers telah menghadiri program ini.

Antara pengisian program ialah Qiyamullail, tadarus, tazkeerah dan solat Suboh berjamaah.

Semoga usaha ini diteruskan dan memperoleh rahmat dari Allah Taala.

Sekian terima kasih.