Misi Kasih SRINPEK, MSM Sheffield
Hari ke 15,  jumlah kutipan mencecah £330 dan RM30
10 hari lagi

Assalamualaikum wth wrbt

Diharapkan sahabat-sahabat sekalian berada dalam kemanisan iman dan sentiasa di bawah lembayung rahmatNya. Sedikit makluman tentang jumlah kutipan terkini Misi Kasih SRINPEK yang telahpun memasuki hari ke 15, iaitu sebanyak £330 dan RM30. InshaAllah, kita ada 10 hari lagi utk mengutip derma ini sebelum wang derma tersebut dihulurkan kepada Pengetua SRINPEK, sekembalinya saya ke tanah air pada 27 Ramadhan, inshaAllah.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa yang masih ingin menderma, bolehlah menghulurkan wang derma ke akaun bank saya seperti butiran dibawah.

  • Nama: Ahmadi R
    Account No: 24236594
    Sort Code: 60-19-07
    Bank: Natwest
    Reference: Misi Kasih SRINPEK

Untuk yang berada di Malaysia, no akaun di Malaysia:-

  • Nama: Raudhah Ahmadi
    No akaun: 111114329756
    Bank: Maybank

Anak-anak kecil ini menanti saat dan masanya untuk mereka mendapat peluang belajar di sekolah yang penuh kemudahan agar mereka dapat menjadi generasi berilmu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Maka, peranan kitalah yang amat penting disini untuk memastikan impian mereka mendapat sekolah ini terlaksana.

sila layari http://www.srinpek.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

Jazakumullah khairan kathira.

Wassalam,
Raudhah Ahmadi
Pengarah Projek Misi Kasih SRINPEK,
MSM Sheffield