Gambar hiasan sahaja

Salam w.b.t

Semoga menemui semua dalam himmah aliyyah n petunjukNya.

22 Sept 2010, Alhamdulillah sisters MSM Sheffield telah mengadakan program jamuan makan sisters semalam. Program ini bertempat di Salsabila bermula pukul 12.30pm berakhir pukul 6.00 ptg. Yang mana plan asal sepatutnya berakhir pada pukul 2.00 ptg. Tapi memandangkan kebanyakkan pelajar-pelajar baru tidak boleh hadir pada masa yang ditetapkan, maka pihak penganjur terpaksa menganjak program sehingga petang.

Alhamdulillah, dengan itu lebih ramai pelajar-pelajar baru yang boleh datang. Program ini memang bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang baru sampai di samping untuk memperkenalkan MSM kepada mereka, tidak terkecuali dengan kehadiran kakak-kakak PG.

Jamuan dibuat secara potluck. Bilangan yang datang hampir semua, iaitu kira-kira 25 orang pelajar baru dan 12 orang kakak-kakak.

Wallahua’lam.

Huda@Furqan
Sheffield