Assalamualaikum wbt,

Pada 21 September yang lalu, kuSheff telah menganjurkan sesi induksi kepada pelajar-pelajar baru  dan diadakan di Information Commons, University of Sheffielddi Sheffield. Pihak penganjur juga memberikan keizinan untuk diadakan sesi penerangan mengenai Majlis Syura Muslimun (MSM) selain persatuan-persatuan rasmi yang ada disini.

Sesi ini telah disampaikan oleh 2 orang wakil MSM iaitu Mohd Najib Mohd Yassin dan Abdul Rahman Mohmad. Antara penerangan yang telah disampaikan termasuklah sejarah penubuhan dan pendaftaran MSM dengan MSD, aktiviti-aktiviti anjuran MSM di peringkat nasional mahupun lokaliti, program akademik MSM, penglibatan dalam isu-isu sejagat dan sebagainya.

Program bermula kira-kira jam 8.30pm dan tamat pada pukul 11.00pm. Seramai kira-kira 45 pelajar menghadiri sesi ini. Terima kasih diucapkan kepada penganjur yang menjemput MSM.

Diharapkan sesi penerangan ini akan memberi sedikit info kepada pelajar baru mengenai MSM di Sheffield dan UK/Eire.

Sekian, terima kasih.