InsyaAllah dalam semangat untuk menyambut adik-adik baru, program PSP,daurah etc, ana rasa sangat penting untuk ahli MSM-IKRAM menunjukkan qudwah dalam akademik masing-masing. Tanggungjawab untuk diri sendiri mesti kita dahulukan, kerana jika kita tidak bertanggungjawab unutk diri sendiri, bagaimana bertanggungjawab untuk mad’u binaan kita kan?

InsyaAllah ana sharekan serba sedikit tips belajar yang ana gunakan semasa medical student, hatta sekarang yang sedang study untuk O&G specialist exam Mac 2011. Doakan ye!. Mungkin orang lain lagi banyak tips kot, ni sekadar perkongsian peribadi, maka ambillah mana yang dirasakan baik.

1. Pastikan niat semua adalah tidak lain hanya untuk mendapat redha Allah. Ini adalah part yang paling susah bagi ana.

2. Pastikan jadual akademik dan tarikh exam tersedia di meja study masing-masing. Buatkan satu planner besar, masukkan tarikh exam dan program-program umum dan khusus. Ini akan memberikan big picture untuk melihat tahap ke’busy’an masing-masing. Bila tahu betapa sibuknya kita,insyaAllah masa akan digunakan dengan lebih efisyen.

3. Buat jadual belajar dan stick to it i.e. fokus! – semak silibus untuk setiap modul dan letak target bila nak pastikan silibus dicover. Jangan amalkan ‘last minute’ study, ia sangat hazardous to student.

4. Kata-kata semangat – Ana jenis suka letak kata-kata semangat di ruang study ana.Bagus unutk ingatkan diri yang sentiasa lupa.Boleh letak ayat quran,hadis,doa,nasihat mak ayah etc.

5. Study group/partner – Sangat crucial. Mungkin sesetengah suka belajar sendirian,namun study partner ni agak penting untuk menaikkan semangat sebab bila tengok orang lain study,maka kita pun rasa bersemangat nak study bersama.

6. Past Q’s – Ni memang kena ada, sebab most universiti suka ulang balik soalan past years.

7. Berbaik-baik dengan seniors dan tutors/lecturers – Ni ana rasa orang melayu tak buat sangat. Students local memang sangat rapat dengan lecturer

8. Doa dan tawakkal – sebagai muslim,memang inilah yang paling istimewa untuk kita jika dibandingkan dengan non-muslim. Maka jangan sia-siakan peluang doa dan tawakkal. Allah sangat suka hambaNya yang berdoa kepada Dia. refer hadith 19.

Ana pasti sebenarnya tips diatas adalah yang semua orang dah buat kot, cuma kadang-kadang kita perlukan reminder untuk lebih fokus akan apa yang kita lakukan.

Perkongsian daripada:
Dr Zuriyati Zakaria,
Senior House Officer,
Leicester Royal Infirmary.

Moga bermanfaat!

Zuriyati Zakaria