1/10/2010 Khamis – Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala kerana program Iftar Jama’ie di pihak Brothers telah diadakan pada 1/10/2010 Khamis bertempat di Muslim Welfare House Sheffield.

Kehadiran adalah seramai 30 orang dikalangan ahli MSM dan juga pelajar baru lelaki pada semester ini.

Proses tarbiyyah berbentuk amali ini adalah sebahagian proses tarbiyyah MSM untuk memastikan ahli-ahli memantapkan amalan ruhiyyah peribadi disamping pemahanan teori yang dipelajari. Disamping itu, melalui program ini diharapkan ikatan ukhuwwah sesama ahli terjalin erat.

Semoga dengan usaha ini akan mendapat barakah dari Allah Taala.

Sekian