Assalamualaikum wth wrbt,

Alhamdulillah, pada 8hb September 2010 yang lalu, saya telahpun menyampaikan wang derma sebanyak GBP460.00 iaitu bersamaan RM2270.00, kepada pihak Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim, SRINPEK.

Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Pengerusi Kutipan Dana SRINPEK, iaitu Dr Haji Mat Husin Saleh dan beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas derma yang dihulurkan.

Bersama ini disertakan lampiran resit untuk rujukan semua.

Semoga usaha kita yang kecil ini diterima olehNya dan menjadi berat timbangannya pada hari pembalasan kelak.

InshaAllah. Amin.

Wassalam,

Sekian,
Raudhah Ahmadi
Pengerusi Misi Kasih SRINPEK
MSM Sheffield